KUALA LUMPUR, 17 Julai 2025 – HONOR telah melancarkan telefon pintar boleh lipat ultra nipis, HONOR Magic V5 di Malaysia pada minggu lalu. Baru-baru ini, Duta Besar Malaysia ke China, Dato’ Norman Muhamad telah berpeluang melawat kilang pembuatan berteknologi AI L4 HONOR yang menghasilkan telefon boleh lipat termasuk HONOR Magic V5. Kilang terletak di Kawasan Perindustrian Pembuatan Pintar HONOR ini memiliki peratusan yang tinggi bagi pengeluaran automasi yang dikawal sepenuhnya oleh AI.

Semasa lawatan tersebut, Norman memuji keupayaan pembuatan termaju dan inovasi berterusan HONOR, menekankan kekuatan teknologi dan daya saing produk jenama ini yang berpaksikan strategi Alpha Plan. Beliau turut menyatakan harapan agar lebih banyak produk HONOR yang berkualiti tinggi dan berteknologi terkini seperti HONOR Magic V5 dapat diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia serta seluruh rantau ASEAN, sekali gus menyokong pembangunan ekonomi digital serantau.

Sesi lawatan itu turut merangkumi tempat pameran produk HONOR, di mana Norman diberi taklimat mengenai pendekatan menyeluruh jenam tersebut terhadap inovasi produk, termasuk simulasi, pembangunan algoritma, penyelidikan bahan baharu, serta penyelesaian kesambungan termaju. Beliau juga merasai pengalaman ekosistem produk semua senario HONOR, yang menggambarkan aspirasi jenama ini untuk berkembang melangkaui telefon pintar.

Kawasan Perindustrian Pembuatan Pintar HONOR dilancarkan pada 2021 adalah lambang utama kepada pembuatan berasaskan AI. Barisan pengeluaran diautomasi sehingga 75% dan dibangunkan secara dalaman oleh pasukan penyelidikan dan reka bentuk HONOR. Ia menggunakan teknologi pemasangan berketepatan tinggi sehingga mampu mencapai toleransi sekecil 75 mikron, dan menghasilkan sebuah telefon pintar dalam hanya 28.5 saat.

Tinggalkan komentar