Satu set ‘dummy’ mode telefon pintar Samsung Galaxy S23 termasuk Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra dilaporkan telah tertiris di internet. Berdasarkan rekaan tersebut, didapati ia sama seperti yang digambarkan menerusi imej pengolokan yang pernah dilaporkan tertiris sebelum ini.
Sejumlah imej yang menunjukkan ketiga-tiga model tersebut hadir dengan warna hitam dan putih. Seperti yang dijangkakan, bahagian yang menematkan kamera untuk model Galaxy S23 dan S23+ menunjukkan perubahan yang paling ketara.
Tiada lagi bonggol yang menempatkan ketiga-tiga kamera tersebut seperti model Galaxy S22 pada tahun ini. Ia lebih mirip dengan rekaan yang menempatkan kamera pada model Galaxy S23 Ultra. Apa yang membezakan S23 dan S23+ dengan S23 Ultra adalah pada reka bentuk luarannya yang mempunyai bucu membulat berbanding bucu rata pada S23 Ultra.
Sedikit perbezaan di antara model ‘dummy’ ini dengan imej pengolokan sebelum ini adalah lokasi di mana ia menempatkan dulang kad SIM. Jika imej pengolokan sebelum ini menunjukkan dulang tersebut ditempatkan pada bahagian bawah, ‘dummy’ berkenaan menunjukkan dulangnya ditempatkan pada bahagian sisi.
Samsung Galaxy S23 dikatakan akan dilancarkan sekitar bulan Februari 2023. Buat anda yang berminat dengan model Galaxy S keluaran tahun ini, anda mungkin boleh membaca ulasan Galaxy S22 dan Galaxy S23 Ultra untuk keterangan lanjut.



















