Sewaktu acara Disney Investor Day 2020 awal pagi semalam, Disney telah mendedahkan beberapa perancangannya. Antaranya termsuklah perluasan Disney+ ke lebih banyak pasaran di rantau Asia.

Negara-negara Asia yang disebutkan bakal menerima perkhidmatan dalam masa yang terdekat ini ialah Singapura. Selain Singapura, Indonesia sudah pun menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menerima perkhidmatan Disney+.

Di Singapura, perkhidmatan ini bakal ditawarkan secara langganan SG$ 11.98 (~RM 37) sebulan atau pengguna boleh memilih untuk melanggan selama setahun pada kadar SG$ 119.98 (~RM 365).

Selain dari menawarkan segmen kandungan sedia adanya iaitu Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, dan National Geographic, perkhidmatan Disney+ di Singapore turut menawarkan kandungannya yang baharu, Star.

Disney+ juga bakal memperluaskan ke pasaran Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong sekitar 2021. Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh kemasukan perkhidmatan penstriman ini ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar