Bersempena Hari Kebangsaan yang menjelang tiba, Digi kini sedang menawarkan Internet Tanpa Had secara percuma untuk tempoh sepanjang 61 hari. Tawaran ini terbuka untuk semua pelanggan baru dan lama Digi, dan juga untuk semua pelan-pelan Digi, pascabayar, prabayar dan jalur lebar.
Tawaran internet tanpa had ini bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2018 dan boleh digunakan pada setiap hari dari jam 12 tengah malam hingga 12 tengah hari.
Menurut Digi, tawaran ini dibuka kepada pelanggan pelan pascabayar mudah alih dan jalur lebar yang melanggan pelan RM38 dan ke atas sahaja. Manakala untuk pengguna pelan prabayar pula, tawaran ini juga diberikan kepada yang melanggan pelan internet prabayar RM38 dan ke atas. Untuk pelanggan prabyar Digi Home Broadband pula, tawaran ini disediakan bagi yang melanggan pakej RM60/bulan dan ke atas.
Selain itu, tawaran ini diberikan secara automatik bermula 1 Ogos lalu tanpa memerlukan sebarang pengaktifan secara manual. Sebarang penggunaan data di luar tempoh waktu 12 tengah malam hingga 12 tengah hari akan menggunakan kuota data internet sedia ada yang sedang dilanggan.
Kuota tanpa had ini hanya terhad kepada pelanggan prinsipal pelan mudah alih dan tidak boleh dikongsikan dengan talian tambahan di bawahnya. Perlu diambil perhatian bahawa penggunaan perkongsian rangkaian melalui tethering dan muat turun p2p tidak termasuk di dalam tawaran ini. Kuota data pelan sedia ada akan digunakan jika pengguna melalukan tethering atau memuat turun melalui cara p2p.
Bagi pelanggan Digi Super Tererrr 38 dan 58, Digi memberikan data tambahan 2GB sebaik sahaja anda memperbaharui atau mengaktifkan pelan anda di dalam tempoh masa di 1 Ogos hingga 30 September. Hal ini disebabkan oleh pelan Digi Super Tererrr sememangnya selama ini boleh menggunakan data internet tanpa had setiap hari dari 12 tengah malam hingga 12 tengah hari.
Sumber berita diperoleh dari Digi