Sebahagian pengguna Digi dilaporkan masih lagi berdepan dengan masalah sambungan internet, menurut notis yang dikeluarkan oleh pihak Digi pagi tadi.

Setakat ini tidak dinyatakan bilakah masalah ini dapat diselesaikan oleh pihak syarikat telekomunikasi terbabit.

Pelbagai rungutan berkenaan isu ini telah diutarakan oleh sesetengah pengguna Digi yang terkesan di laman media sosial. Rata-rata pengguna menyuarakan rasa tidak puas hati menerusi akaun media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Ada yang menyatakan mempunyai masalah sambungan internet ini telah berlarutan sejak dua hingga tiga hari yang lalu. Tidak dapat dipastikan sama ada masalah ini mempunyai kaitan dengan kerja-kerja migrasi sistem yang telah dijadualkan ataupun tidak.

Selain isu berkenaan, saluran pembayaran untuk pelanggan-pelanggan Digi juga sehingga artikel ini ditulis masih lagi belum dapat diakses. Pihak Digi buat masa ini sedang berusaha membaiki isu-isu yang dihadapi oleh pengguna-penggunanya.

Tinggalkan komentar