Digi Telecommunication Sdn. Bhd (Digi) membuka pra-tempahan iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max melalui Digi Store Online.

Boleh didapati dari RM142 sebulan dengan pelan ansuran telefon pintar mudah Digi PhoneFreedom 365, nikmati penjimatan sehingga RM1,171 untuk iPhone 14 pilihan anda.

Pelanggan juga turut ditawarkan dengan akses internet berkelajuan tinggi sehingga 135GB dengan pelan Pascabayar Juara Internet Malaysiaku. iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan hadir ke Digi Stores di seluruh negara pada 23 September 2022, manakala iPhone 14 Plus pula pada 7 Oktober 2022.

Menerusi Digi PhoneFreedom 365, anda ditawarkan dengan kebebasan untuk memiliki iPhone terkini tanpa bayaran pendahuluan atau faedah, seterusnya memudahkan perhubungan anda seharian.

Maklumat lanjut mengenai harga dan pelan data, kunjungi https://digi.my/iphone14series

Tinggalkan komentar