Selepas penggantungan sementara perdagangan saham Digi di bursa awal pagi semalam apabila syarikat induknya, Telenor mula membincangkan penggabungan dengan Axiata Group Berhad. Perbincangan yang melibatkan penggabungan aset telekomunikasi dan infrastuktur kedua-duanya di seluruh Asia akhir telah mencapai persetujuan untuk digabungkan.
Menurut Telenor, penggabungan ini bakal diletakkan di bawah satu entiti yang dicadangkan untuk dikenali sebagai MergedCo. Penggabungan ini seterusnya meletakkan entiti ini menguasai aset seperti 60,000 menara pemancar, jumlah pelanggan mencecah 300 juta orang dengan potensi pasaran 1 billion penduduk dari 9 buah negara-negara di Asia.
Telenor, syarikat induk Digi masih lagi merupakan majoriti pemegang saham dengan 56.5% ekuiti dalam gabungan ini. Manakala syarikat induk Celcom, Axiata pula menguasai 43.5% ekuiti.
Sumber berita diperoleh dari The Sun Daily












