Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mengumumkan pelantikan Dato’ Saifuddin Abdullah sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Dalam perkembangan berkaitan, Zahidi Zainul Abidin telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

Terdahulu, Dato’ Saifuddin Abdullah pernah menjawat jawatan selaku Menteri Luar Negeri bermula dari Julai 2018 sehingga bulan lepas.

Sebelum itu, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan juga di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia merupakan salah satu agensi yang bertanggungjawab membawakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk mencapai liputan jalur lebar sebanyak 98%. Liputan internet tanpa wayar 5G juga di antara sebahagian usaha KKMM untuk mempertingkatkan kemajuan komunikasi negara.

Senarai lengkap barisan kabinet dan jemaah menteri terkini boleh didapati melalui laman web rasmi Jabatan Perdana Menteri

Tinggalkan komentar