D-Link Malaysia hari ini telah menerbitkan kemaskini untuk router DIR-850L. Boleh dimuat turun secara terus dari laman web rasmi D-Link, kemaskini firmware ini dikhususkan untuk mengatasi pelbagai masalah berkaitan keselamatan yang telah diketengahkan oleh penyelidik keselamatan, Pierre Kim.

Kemaskini ini bagaimanapun, disediakan khusus untuk unit-unit yang boleh didapati di pasaran. Bagi unit-unit yang diedarkan untuk pengguna-pengguna Unifi dan TIME Internet pula, pelanggan perlu menunggu pemakluman terkini dari ISP masing-masing.

Fail muat turun bersaiz 19.3MB yang telah dimampatkan ini (zip) mengandungi dua firmware: v2.08SGb01 dan v2.10SGb01. Pengguna terlebih dahulu perlu memasang firmware v2.08SGv01, sebelum memasang firmware v2.10SGb01. Kemaskini firmware ini adalah khusus untuk unit jualan di Singapura dan Malaysia.

Arahan langkah-langkah pemasangan firmware ini disertakan bersama di dalam fail mampat muat turun berkenaan. Bagi pengguna yang berdepan dengan masalah router DIR-850L, disarankan supaya menghubungi talian teknikal D-Link Malaysia di 1-800-88-2880 – dibuka 24 jam, 7 hari seminggu – untuk bantuan.

Sumber berita diperoleh dari: D-Link Malaysia

Tinggalkan komentar