CIMB baru-baru ini telah menerbitkan sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna membuka akaun CIMB melalui telefon pintar Android dan iPhone.
Aplikasi yang dinamakan sebagai CIMB Apply ini membolehkan pengguna membuka akaun simpanan sendiri. Pendaftaran akaun baharu ini mewajibkan pengguna mendepositkan minimum RM 20.
Proses pendaftaran melalui aplikasi ini juga menyediakan kemudahan penghataran kad debit terus kepada pengguna secara pos.
Selain fungsi pembukaan akaun bank, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk mengakses ke CIMBClicks selepas pengguna siap mendaftar akaun bank baharu.
Pengguna yang berminat untuk membuka CIMB OctoSavers Account-i ini boleh mendapatkannya menerusi Google Play Store bagi Android atau di Apple App Store bagi iPhone.













