ChatGPT merupakan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) paling popular yang diperkenalkan oleh OpenAI. Sejak ia diperkenal dan diterima oleh pengguna massa, ia sering digunakan bagi pelbagai tujuan sama ada tujuan pembelajaran, produktiviti atau sekadar santai dan tujuan peribadi.
Justeru, OpenAI telah membuang ciri perbualan yang boleh dicari menggunakan enjin carian walaupun ia baharu diperkenalkan dalam tempoh beberapa jam. Ini kerana ia dikhuatiri akan memaparkan maklumat-maklumat sensitif dan peribadi apabila pengguna tanpa sedar memuat naik atau menulisnya di dalam sesi perbualan dengan ChatGPT.
Pada asalnya, ChatGPT tidak akan membuatkan perbualan anda boleh dicari dari seluruh dunia menggunakan enjin carian. Ia hanya boleh diketemukan jika pengguna sendiri yang mengaktifkannya, atau mewujudkan pautan yang boleh dikongsikan.
Bagaimanapun, sesetengah enjin carian telah mengindeks pautan ChatGPT yang boleh dikongsikan tersebut, seterusnya menjadikan perbualan tertutup tersebut menjadi tersebut. Sebelum ia dibuang beberapa jam selepas diperkenalkan, ciri tersebut telah membuatkan perbualan-perbualan pengguna dengan ChatGPT dapat diketemukan dengan carian di internet.
Walaupun pengguna mempunyai pilihan untuk tidak berkongsikannya, OpenAI mengambil langkah lebih berhati-hati dengan mematikan terus ciri tersebut dan mendakwa ia sebagai “eksperimen”. Berdasarkan perkongsian di akaun rasminya di X, ciri tersebut dikatakan bertujuan membantu orang ramai menemukan perbualan yang bermanfaat.
Selain membuang ciri tersebut, ChatGPT juga membuagn semua perbualan-perbualan yang telah diindeks oleh enjin carian bagi mengelakkan masalah di masa hadapan.













