SEOUL, 13 Sep. 2022 — Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics (LG) William Cho baru-baru ini menganjurkan ‘CEO FUN Talk’ keempatnya dari Seoul, Korea Selatan, bersembang secara dari-hati-ke-hati dengan para pekerja mengenai hala tuju semasa dan masa depan jenamanya.
Diadakan di bawah tema Menjadi Jenama Ikonik Dicintai Pelanggan, kira-kira 7,000 pekerja menghadiri acara secara langsung di dalam talian. F.U.N – singkatan kepada first, unik dan new – ialah konsep teras syarikat untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan telah diperkenalkan pada penghujung tahun 2021 oleh CEO Cho.
“Kita mesti sedar bahawa ‘individu’ dan ‘jenama’ adalah aset terpenting yang kita ada untuk masa depan syarikat,” kata Encik Cho. “Dengan keperluan pengguna yang semakin pelbagai, LG perlu merombak kehadiran jenamanya supaya jenama ini akan terus mengujakan dan memberi inspirasi kepada pelanggan di seluruh dunia.”
Encik Cho kemudian menyentuh kepentingan berterusan hala tuju jenama LG Life’s Good dan cara syarikat dapat membantu menjadikan kehidupan pelanggan lebih baik melalui penyelesaian pintarnya yang inovatif. Beliau juga mengulangi misi jenama LG iaitu Inovasi untuk Kehidupan yang Lebih Baik, dan tiga nilai teras ‘Kualiti Tanpa Kompromi’, ‘Inovasi Berteraskan Manusia’ dan ‘Kemesraan untuk Menguasakan Senyuman’.
Apabila ditanya tentang cara mengembangkan fandom untuk jenama LG, CEO berkenaan menjawab, “Kami boleh membina fandom dengan berkomunikasi dengan komuniti yang bersemangat yang mengiktiraf nilai produk kami melalui strategi pembahagian mikro, sambil mengembangkan ruang pengalaman luar talian serta aktiviti berterusan untuk mengukuhkan pengalaman jenama dengan menggunakan media yang boleh dikongsi dengan mudah, seperti muzik.”
Ketua Pegawai Eksekutif Cho mengakhiri taklimat dengan membincangkan peranan penting pekerja dalam evolusi berterusan dan kematangan syarikat. “Jenama yang baik mempunyai persamaan. Mereka penuh dengan individu cemerlang yang bekerja dan berkembang bersama sebagai satu entiti yang lebih besar,” kata Cho. “Anda, sebagai pekerja LG, yang mencipta jenama LG dan memberikan nilai untuk pelanggan kita di seluruh dunia.”
Beliau mengakhiri dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan meminta setiap pekerja LG menjadi duta jenama untuk membantu menyebarkan mesej Life’s Good.
Semasa acara berlangsung, para peserta dapat berkongsikan pendapat mereka melalui tetingkap sembang langsung. Ramai pekerja mengulas bahawa ini adalah masa yang berharga kerana mereka dapat berkomunikasi secara mendalam dengan Ketua Pegawai Eksekutif, manakala yang lain menyatakan harapan mereka untuk terus dapat berkomunikasi dengan kepimpinan syarikat pada masa hadapan.
Sejak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif tahun lepas, Encik Cho telah menjadikan keutamaan untuk memupuk komunikasi dalaman dan mewujudkan budaya syarikat yang lebih baik. Sebagai sebahagian daripada komitmennya, pada Mei 2022, LG menganjurkan ‘Hari REINVENT,’ forum santai di mana Ketua Pegawai Eksekutif Cho menyeru pekerja membuat perubahan positif untuk membantu mencipta semula dan mencergaskan semula syarikat.













