Huawei P30 Pro telah disahkan dilengkapi dengan ciri kuad-kamera berdasarkan sebuah foto yang dimuat naik oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Richard Yu melalui akaun Weibo (media sosial berbahasa Cina) milik beliau.
Foto yang tersebut adalah sebuah imej yang memaparkan bulan purnama dengan dibawahnya tertera teks yang bertulis “Leica Quad Camera”.
Selain di Weibo, Huawei turut berkongsikan foto yang memaparkan kelebihan fungsi zoom pada kuad-kamera telefon pintar terbarunya kelak melalui akaun Twitter. Sebuah imej memaparkan dua foto yang sama secara bersebelahan bagi membandingkan kualiti zoom yang boleh dibawakan oleh telefon pintar Huawei.
Majlis pelancaran rasmi telefon pintar terbaru Huawei ini bakal dilancarkan sekitar bulan Mac ini.













