CelcomDigi telah mengesahkan tarikh pelancaran siri Google Pixel 10 ke pasaran tempatan, lebih awal dari pengumuman rasmi oleh Google Malaysia. Sepanduk (banner) kiraan detik pada laman web rasmi syarikat telekomunikasi berkenaan menunukkan tarikh pelancarannya pada 21 Ogos 2025, sama dengan tarikh pelancaran global iaitu 20 Ogos waktu Amerika Syarikat.

Bersama-sama kiraan detik tersebut, dipaparkan Pixel 10 Pro atau Pro X bersama-sama butang fungsi untuk menambahkan aktiviti ke dalam Google Calendar anda. Tarikh tersebut dilabelkan sebagai “Google Pixel 10 Pre-Order” dan ditetapkan pada jam 10 pagi, 21 Ogos 2025. Ini menunjukkan pelanggan CelcomDigi boleh mula menempah peranti berkenaan pada waktu itu.
Pelancarannya kelak dijangka akan memperkenalkan Google Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL, serta Pixel 10 Pro Fold. Lain-lain produk yang dijangka akan muncul termasuklah Pixel Watch 4 dan Pixel Buds 2a. Harga dan ketersediaannya di pasaran tempatan dijangka akan diumumkan di dalam acara tersebut.