Celcom kini menawarkan pelan Home Wireless 5G pada harga RM149 sebulan. Ia juga mempunyai polisi pulangan semula 7 hari bersama-sama pelan Celcom Home Wireless Family Ultimate dan Family Lite.

Menerusi laman web rasminya, pelan Celcom Home Wireless 5G mempunyai kuota internet “tanpa had” dengan kontrak untuk tempoh 24 bulan. Sama seperti dua pelan lainnya, sebuah modem premium turut diserta bersama, dengan pilihan tambahan Plus Daily 50GB, Monthly 20GB dan Monthly 40GB pada harga yang sama.

Untuk ketersambungan, pelan ini menggunakan rangkaian 5G dan jika isyarat 5G hilang, modem secara automatik akan bersambungan dengan rangkaian 4G.Celcom Wireless Broadband Home 5G

Celcom turut menawarkan potongan harga RM20 untuk tempoh 24 bulan pertama mengikut terma dan syarat. Walaupun diiklankan sebagai “tanpa had”, menurut laman soalan lazimnya dinyatakan pelan ini hadir dengan kuota data sebanyak 1TB. Anda juga boleh merujuk pada halaman soalan-soalan lazim untuk keterangan lanjut.

Kunjungi mana-mana kedai Celcom Bluecube seperti di Sunway Pyramid, Prima Sri Gombak, Alamanda, The Gardens, Nu Sentral danTaman Tun Dr Ismail untuk mendaftar pelan tersebut.

Setiap pendaftaran memerlukan bayaran pendahuluan sebanyak RM480. Tiada sebarang bayaran pemasangan dikenakan kerana modem yang digunakan merupakan jenis pasang-dan-pakai (plug and play).

 

Tinggalkan komentar