Pengguna di beberapa kawasan di Sabah kini boleh mendapatkan perkhidmatan Celcom Fibre pada hari sama pendaftaran di buat. Ini merupakan janji yang telah dibuat oleh syarikat telekomunikasi ini bagi menyediakan perkhidmatannya menerusi kempen Pasang Terus.

Bagaimanapun, promosi pemasangan pada hari yang sama ini hanya ditawarkan pada hujung minggu dan di lokasi-lokasi terpilih mengikut minggu-minggu yang telah ditetapkan. Ini kerana, kempen Pasang Terus dibuat mengikut ke mana kenderaan pacuan empat roda Celcom Bluecube pergi.

Pada hujung minggu ini, kempen Celcom Pasang Terus ini akan menuju ke Beverly Hills Apartment Phase 5 di Penampang pada 9 dan 10 April ini. Pengguna yang tinggal di kawasan berkenaan boleh mendaftar dengan pasukan Celcom tersebut dan pemasangan akan dilakukan dalam tempoh beberapa jam selepas pemasangan selesai dilakukan.Jadual celcom-pasang-terus-sabah

Buat masa ini, pelan Celcom Home Fibre di Sabah hadir dengan kelajuan dari 20Mbps hingga ke 1Gbps. Menerusi kempen Celcom Pasang Terus ini juga, Celcom telah menaikkan kelajuan pelan 100Mbps kepada 200Mbps tanpa sebarang kenaikan harga bulanannya iaitu RM120.

Celcom Home Fibre turut hadir dengan beberapa penawaran menarik. Antaranya Router AX percuma, WiFi Mesh percuma, serta rebat sehingga 3 bulan bagi pelan-pelan terpilih.

Anda yang berminat juga boleh memilih pelan yang menggabungkan dengan pelan pascabayar Celcom Xpax. Pelan yang menggabungkan Celcom Home Fibre dan pelan Xpax Postpaid 60 gabungan ini menawarkan pelan dari harga serendah RM119 sebulan.Celcom Pasang Terus Sabah

Bagi penduduk Sabah di lokasi-lokasi berkenaan yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini, layari pautan berikut untuk maklumat lanjut: https://www.celcom.com.my/personal/broadband?utm_campaign=CTSB%20Sabah%20Convergence#sabah-promotion

Tinggalkan komentar