Pengguna pelan pascabayar dan prabayar Celcom yang terpilih telah mula ditawarkan akses ke rangkaian 5G bermula dari 1 November 2022. Selain Celcom, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan lain seperti unifi Mobile, U Mobile dan Yes 5G juga turut mula menawarkan akses rangkaian 5G masing-masing.
Pengumuman penawaran pelan 5G untuk pengguna ini hadir seiring dengan pengumuman perjanjian akses 5G di antara Celcom dengan Digital Nasional Berhad (DNB) oleh Axiata. Sebelum ini Celcom telah menandatangani perjanjian pemegang saham dengan DNB yang membolehkannya memiliki pegangan sebanyak 12.5 di dalam syarikat 5G kebangsaan berkenaan.
Berikut senarai pelan langganan Celcom yang telah menerima akses ke rangkaian 5G bersama-sama dengan kuota penggunaan data masing-masing:
- Celcom MEGA Lightning 80: 40GB
- Celcom MEGA Lightning 98: 50GB
- Celcom MEGA Lightning 128: 70GB
- Celcom MEGA Lightning 158: 90GB
- Celcom MEGA Lightning 188: 120GB
- Celcom Xpax Postpaid 40: 10GB
- Celcom Xpax Postpaid 60: 20GB
- Celcom Xpax Prepaid Pas Internet Bulanan RM35: 30GB
- Celcom Xpax Prepaid Pas Internet Bulanan RM45: 40GB
Secara amnya, pelanggan Celcom akan menggunakan kuota data yang sama diperuntukkan bagi setiap pelan masing-masing sama ada menggunakan rangkaian 5G atau 4G. Cara yang sama juga dilihat mirip seperti yang ditawarkan oleh U Mobile kepada penggunanya nanti.
September lalu Celcom telah menyediakan akses 5G kepada kumpulan pengguna terpilih yang menyertai program ujian 5G mesra pengguna. Pengguna juga boleh menggunakan perkhidmatan perayauan (roaming) 5G di beberapa negara terpilih seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei, the Filipina, Taiwan, Korea Selatan, UAE dan banyak lagi.
Maklumat lanjut, layari: https://www.celcom.com.my/5G













