Pengguna-pengguna Digi di Malaysia sebahagiannya dilaporkan sedang mengalami masalah rangkaian mudah alihnya untuk tempoh beberapa hari kebelakangan ini. Sesetengah pengguna telah menyuarakan isu ini melalui platform media sosial.
Difahamkan, masalah yang berlaku terutamanyaa pada pengguna prabayar ini telah berlarutan sejak dari 26 Oktober lalu. Pihak Digi telah mengambil maklum berkenaan isu ini dan sedang berusaha menjalankan pembaikan.
Pembaikan berkenaan telah mula disediakan kepada kebanyakan pengguna Digi sejakk dari jam 7 pagi tadi dan masih lagi sedang berjalan.
Menurut kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Digi, pengguna yang masih lagi berdepan dengan masalah akses rangkaian ini dinasihatkan supaya melakukan restart padaa peranti masing-masing. Selain itu, anda juga boleh cuba menyambungkan semula ke rangkaian Digi dengan menukar ke mod Airplane, tunggu sehingga 5 saat dan matikan semula mod berkenaan.
Selain itu, pengguna Digi juga berhadapan dengan isu kuota intenet yang tidak dinamakan apabila memeriksa penggunaan internet melalui *128# atau aplikasi MyDigi. Menurut Digi, masalah ini hanyalahh sementara dan tidak memberikan kesan pada penggunaan sepanjang tempoh penyelenggaraan rutin sistem.
Beberapa perkhidmatan Digi termasuk aplikasi MyDigi bagaimanapun, dilaporkan masih lagi tidak dapat diakses atau gangguan intermittent. Turut dilaporkan mengalami gangguan termasuklah perkhidmatan isian semula prabayar melalui KK Mart dan 7 Eleven, pembayaran bil pascabayar melalui Maybank2U. Buat masa ini, pengguna boleh menguruskan akaun Digi masing-masing menerusi laman web MyDigi atau dengan mendail *128#.
Pengguna yang ingin membuat isian semula akaun prabayar boleh melakukannya menerusi kad isian semula prabayar, melalui eWallet atau perbankan dalam talian, serta dengan melawat kiosk layan diri Digi. Pengguna prabayar juga bolehh membuat pembayaran bil melalui JomPay, aplikasi Touch’n Go eWallet atau kiosk layan diri Digi.
Maklumat lanjut mengenai masalah rangkaian Digi ini boleh didapati menerusi kenyataaan penuh yang dikeluarkan oleh Pusat Bantu Digi.













