Langkah pertama baik pulih komputer adalah mengesan puncanya terlebih dahulu dan anda perlu memastikan sama ada adakah ianya berpunca dari komputer itu sendiri. Misalnya, ada satu ketika komputer anda berasa lembab ketika anda menaip di Micorsoft Office atau komputer menjadi lambat ketika anda ingin membuka folder-folder dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mencari punca kelembapan tersebut.
Terlebih dahulu, anda perlu memeriksa berapa banyak ruangan yang masih kosong pada storan yang menempatkan sistem operasi anda.
Sebagai info, Windows memerlukan ruang untuk membuat fail-fail ketika sistem sedang dioperasikan. Jika ruang storan anda hampir penuh, ia bakal menjejaskan prestasi komputer anda. Oleh itu, anda perlu mengosongkan atau memindahkan fail-fail kurang penting untuk memberikan ruang untuk sistem operasi anda membuat fail.
Anda juga boleh menggunakan tool seperti System Configuration yang sedia ada di dalam Windows untuk mengatasi masalah komputer lembab.
Ketika komputer anda mula dihidupkan, banyak aplikasi-aplikasi dan perisian yang dihidupkan bersama. Ia boleh menyebabkan waktu boot untuk komputer anda menjadi lebih lama. Keadaan menjadi lebih buruk jika komputer anda sudah terlalu usang (Intel Pentium 4, RAM DDR 512 MB misalnya) dan anda perlu adjust mana yang kurang penting di dalam System Configuration melalui tab Startup.
Cara untuk menggunakan System Configuration adalah dengan menaipkan msconfig pada ruangan carian untuk Windows 7 atau pada kotak Run untuk Windows XP.
Seterusnya, pergi ke Startup Item dan pilih item-item yang dirasakan boleh menjadikan komputer anda lembab bila nak on seperti AdobeAAMUpdater, Google Update, Pando Media Booster, Spotify, Steam Client Bootstrapper dan sebagainya. Untuk pengguna Windows 10, Startup Item akan dibuka melalui tab di Task Manager.
Pastikan anda tidak mengusik item-item berkaitan Microsoft Corporation di bawah kolum Manufacturer. Jika anda tidak dapat benar-benar memastikan program atau aplikasi mana yang perlu di’disable’kan, biarkannya sahaja tanpa perlu diusik apa-apa.
Setelah selesai, klik OK dan restart komputer anda. Anda mungkin merasai perbezaannya yang lebih pantas dan lancar berbanding sebelumnya.
Imej diperoleh dari 123 RF













