Sepanjang dua tahun kebelakangan ini kita menghadapi pelbagai dugaan akibat dari penularan wabak pandemik ini. Dalam kita menantikan sinar cahaya di hujung jalan, satu lagi berita yang kurang enak menghinggapi gegendang telinga kita.
Satu notis dari Citibank menyatakan caj pengeluaran tunai MEPS RM1 antara bank mungkin akan dikembalikan pada 1 Februari 2022. Berikut adalah notis yang dikeluarkan oleh pihak bank berkenaan:
Dear valued customers,
Reinstatement of RM1 Interbank Cash Withdrawal Fee
• Effective 1 February 2022, Debit & ATM Cardholders will be charged RM1.00 fee for each interbank cash withdrawal at an ATM of another bank.
• Citibank Debit & ATM Cardholders can continue to perform cash withdrawal transactions at Citibank ATMs at no charge.
Diperkenalkan pada 6 April 2020 tidak lama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengecualian ini bertujuan menggalakkan orang ramai tidak bergerak jauh dari kediaman.
Ia juga memudahkan orang ramai menggunakan mana-mana mesin ATM untuk membuat pengeluaran tunai. Menteri Pertahanan pada ketika itu juga menyatakan pengecualian ini diteruskan selepas tempoh PKP tamat.
Walaupun cuma RM1, pengecualian caj berkenaan memberikan sedikit keringanan beban terhadap rakyat sepanjang tempoh menghadapi wabak pandemik ini.
Dah 2 tahun caj RM1 di ATM xda. Bank stedi je masih huntong billiyun billiyun. Apa perlunya kembalikan caj RM1?
— F🔺HMI 🇲🇾🇵🇸 (@af_f4hmi) December 15, 2021
Rata-rata pengguna di internet menyatakan rasa kurang senang mengenai pengenaan caj bagi pengeluaran di ATM ini. Ketika ini masih terdapat ramai lagi golongan yang terkesan yang sedang cuba kembali pulih selepas PKP tamat.
Beberapa bank sudah pun mengumumkan caj pengeluaran MEPS RM1 di ATM masing-masing. Dijangkakan lebih banyak bank akan mengeluarkan kenyataan rasmi masing-masing.
Sehingga kini, antara bank-bank yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung caj pengeluaran RM1 di mesin-mesin ATM adalah:













