Komputer atau laptop anda pada kebiasaannya akan mengeluarkan notis peringatan jika anda tidak mencabut pemacu USB dengan cara yang selamat. Apakah yang akan berlaku jika kita gagal mencabut pemacu USB berkenaan dengan cara yang tidak selamat? Boleh meletop ke komputer kita kalau kita main cabut je?
Memang tidak dapat dinafikan, adakalanya kita secara tidak sengaja atau dalam keadaan terdesak kita akan mencabut pemacu USB secara tergesa-gesa tanpa melakukannya dengan cara yang selamat. Tapi, selalunya kita mendapati tiada apa-apa yang ganjil pun berlaku. Komputer kita masih elok dan data-data di dalam pemacu USB berkenaan pun tidak masih dalam keadaan seperti biasa. Namun, secara tidak langsung kita telah mendedahkan risiko kehilangan dan kerosakan data terhadap pemacu USB berkenaan.
Hakikatnya, masih ramai di kalangan pengguna yang malas mahu menunggu tempoh mencabut pemacu USB cara selamat walaupun ianya hanya memakan masa sekitar 30 saat sahaja.
Untuk memahami mengapa kita perlu menanggalkan pemacu USB pada komputer dengan cara selamat, kita perlu mengetahui bahawa sistem operasi menguruskan sebarang jenis pemacu sebagai tempat yang diyakini melakukan operasi baca dan tulis tanpa sebarang gangguan perubahan secara mengejut. Secara ringkasnya mengikut teori,sistem operasi ‘yakin’ fail-fail dan data-data berkenaan tetap wujud dan tidak boleh hilang begitu sahaja.
Misalnya, jika sebuah fail tersebut dibuka, sesebuah program akan membaca fail berkenaan dan menjangkakan boleh kembali ke fail berkenaan untuk membacanya kembali. Sama juga halnya dengan hal menulis, aturan menulis akan dihantar ke subrutin menulis (writing subroutine) dan ‘dilupakan’ oleh program berkenaan. Jika pemacu berkenaan ‘hilang’ sewaktu subrutin tersebut dipanggil dan data ditulis pada pemacu, maka data berkenaan akan hilang selama-lamanya.
Dulu, waktu storan komputer masih lagi berbentu pita storan (tape), pengguna komputer perlu melakukan proses pasang dan tanggal media storan yang dipanggil “mount” dan “unmount” secara fizikal. Sewaktu proses berkenaan dilakukan, sejenis suis mekanikal akan dipicu untuk menandakan kehadiran atau ketiadaan storan media berkenaan. Sesetengah media mempunyai saling kunci (interlock) mekanikal untuk mencegah storan media berkenaan dari dicabut atau ditanggalkan secara tiba-tiba sehinggalah perisian yang menggunakan media berkenaan membuka kunci mekanikalnya.
Untuk komputer-komputer baru masa kini, Windows telah memperkenalkan fungsi “Optimise for Quick Removal” bagi membolehkan data-data yang terlibat dengan pemacu USB ditulis dengan pantas dan tidak menggunakan cara konvensional.
Fungsi berkenaan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko kehilangan data akibat insiden mencabut pemacu USB yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa toma’ninah (طمانینۃ). Data-data pada pemacu masih lagi selamat jika pengguna hanya melakukan proses baca dan tulis. Tapi, jika korang gatal tangan cabut masa buat pengindeksan (indexing), korang memang saje cari nahas.














baru tau hehe