Black Shark baru-baru ini telah melancarkan siri Black Shark 4 dengan membawakan penambahbaikan baharu. Sama seperti siri Black Shark 4 sebelum ini, siri Black Shark 4S juga hadir dengan dua model baharu. Kedua-dua model berkenaan ialah Black Shark 4S dan Black Shark 4S Pro.
Terdapat dua jenis cipset berbeza ditawarkan bagi kedua-dua model telefon Black Shark ini. Untuk Black Shark 4S standard, ia menggunakan Snapdragon 870. Manakala Black Shark 4S Pro pula ia menggunakan Snapdragon 888+.
Spesifikasi Black Shark 4S dan Black Shark 4S Pro
Kedua-duanya menggunakan paparan Samsung E4 AMOLED 6.67-inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel. Paparan berkenaan juga mempunyai kadar penyegaran semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz.
Turut disediakan pada paparan ini adalah dua zon sensitif tekanan. Melalui kecerahan sehingga 1,300 nits, paparan ini juga menyokong MEMC, DC Dimming dan mod perlindungan mata.
Untuk RAM, kedua-dua telefon ini menggunakan RAM LPDDR5. Tetapi bagi model standard, ia menggunakan modul 5,500Mbps yang lebih perlahan dari Pro yang menggunakan 6,400Mbps. Tiada perbezaan pada jenis storan yang digunakan iaitu UFS 3.1, tetapi pada model Pro ia menawarkan ciri sokongan SSD Disk Array System.
Kedua-dua model Black Shark 4S ini juga dilengkapkan dengan tri-kamera pada bahagian belakangnya. Ia mengnadungi sebuah kamera ultra lebar 8MP, dan makro 5MP. Terdapat perbezaan pada kamera utama masing-masing 48MP dan 64MP untuk standard dan Pro. Pada sebelah hadapan, disediakn kamera 20MP pada bahagian berpenebuk lubang paparannya.
Dari segi ketersambungannya siri telefon ini menyokong dwi-SIM, 5G, dwi-band WiFi 6, Bluetooth 5.2, GNSS (GPS, A-GPS, GALILEO, GLONASS, BeiDou, QZSS), NFC, USB Type-C port, dan bicu audio 3.5mm.
Lain-lain ciri unik tambahan yang disediakan merangkumi pengimbas cap jari di sebelah sisi, pencahayaan RGB, dwi-pembesar suara stereo, penderia pencahayaan ambien, accelerometer, sensor proksimiti, kompas, giroskop dan barometer.
Siri Black Shark 4S ini menggunakan JOYUI 12.8 berasaskan MIUI dan menggunakan bateri berkapasiti 4,500mAh dengna sokongan pengecasan pantas 120W. Ia juga bersesuaian untuk digunakan bersama-sama protokol pengecasan lain seperti Qualcomm Quick Charge (QC) dan USB Power Delivery (PD).
Harga Black Shark 4S, Black Shark 4S Pro
Black Shark 4S dan Black Shark 4S Pro akan mula dijual di pasaran China mengikut konfigurasi RAM dan storannya.
https://www.youtube.com/watch?v=qBR0MNJ269Y
Black Shark 4S
Warna
- Hitam
- Putih
- Gundam Limited Edition
Harga
- 8GB + 128GB – CNY2,699 (~RM1,739)
- 12GB + 128GB – CNY2,999 (~RM1,930)
- 12GB + 256GB – CNY3,299 (~RM2,125)
- Gundam Limited Edition (12GB + 256GB) – ¥3,499 ($543)
Black Shark 4S Pro
Warna
- Hitam
- Putih
Harga
- 12GB + 256GB – CNY4,799 (~RM3,093)
- 16GB + 512GB – CNY,499 (~RM3,541)
Telefon pintar baharu keluaran Black Shark ini kini sedia untuk dipra-tempah bagi pasaran China dan jualannya bermula pada 15 Oktober ini. Dijangkakan ia akan hadir ke pasaran global dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.













