Black Shark merancang untuk melancarkan telefon pintar permua Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro ke pasaran Malaysia pada 30 April ini.
Menariknya, peniaga tempatan DirectD telah menyenaraikan harga bagi kedua-dua model telefon pintar berkenaan di laman webnya berserta tarikh keberadaannya.
Untuk Black Shark 3, DirectD menyenaraikan dua variasi iaitu variasi RAM 8GB dijual pada harga RM2,799. Manakala sebuah lagi variasi iaitu RAM 12GB dijual pada harga RM3,199. Kedua-dua variasi ini hadir dengan storan dalaman berkapasiti 128GB.
Pilihan variasi RAM yang sama juga ditawarkan untuk Black Shark 3 Pro yang hanya dibezakan pada kapasiti storan dalaman yang lebih besar iaitu 256GB. Untuk variasi RAM 8GB Black Shark 3 Pro, harganya adalah RM3,999. Manakala untuk variasi RAM 12GB pula harganya mencecah RM4,199.
Menurut Direct D, stok untuk Black Shark 3 dijangka akan tiba pada 5 Mei dan untuk Black Shark 3 Pro pula akan sampai antara 18 hingga 31 Mei.













