Sebagaimana namanya diberi, folder temp (temporary, sementara) mengandungi fail-fail yang hanya diperlukan untuk sementara waktu. Bagaimanapun, fail-fail ini pada kebiasaannya tidak dipadamkan walaupun kerja-kerja berkaitan fail berkenaan telah selesai dilakukan hingga memakan ruang storan dan membuatkan komputer anda lembab jika storan sudah hampir penuh.
Jika storan anda amat besar seperti 1 TB atau lebih misalnya, fail-fail di dalam folder temp terlalu banyak bukanlah sesuatu yang mendatangkan masalah buat anda. Namun, bagi anda yang memiliki kapasiti storan yang kecil seperti menggunakan storan SSD misalnya, penggunaan ruang yang terlalu banyak oleh folder temp tentunya memberikan kesan terhadap aktiviti perkomputeran anda.
Untuk membuka folder temp, klik Start atau pergi ke bahagian Search untuk Windows 8, taipkan %temp% dan pilih pada folder yang muncul.
Sebaik sahaja anda berada di dalam folder berkenaan, anda boleh memadamkan fail-fail atau subfolder di dalamnya secara manual. Namun begitu, tidak semua fail-fail di dalamnya yang boleh dipadamkan kerana terdapat sesetengah fail yang sedang digunakan. Windows akan menghalang anda dari memadam fail-fail berkenaan.
Jika anda benar-benar ingin memadam keseluruhan fail-fail di dalam folder temp, tutup komputer anda (shut down terus, dan bukan sleep atau hibernate) dan mula padamkan fail-fail di dalam folder temp berkenaan.
Kalau nak lebih mudah lagi, anda boleh gunakan cara DOS dengan membuat batch file untuk membersihkan folder temp secara automatik tiap kali sebaik sahaja anda menghidupkan komputer anda. Begini caranya;
Buka Notepad, taipkan ini:
rd %temp% /s /q
md %temp%
Save kan fail berkenaan sebagai %appdata%\microsoft\windows\start menu\programs\startup\cleantemp.bat. Sejurusnya, ia akan mewujudkan satu batch file yang dinamakan sebagai cleantemp.bat di dalam submenu Startup (di dalam menu Start). Semua perkara yang diletakkan di dalam submenu berkenaan akan dimuatkan secara automatik sebaik sahaja anda menghidupkan komputer.
Perkara yang serupa turut berlaku di dalam sistem operasi Windows 8 walaupun Windows 8 tiada menu Start. Tetapi, ia ada folder Start dan trick ni masih boleh digunakan.














terima kasih