Banjir, Pahang, Kuantan
Menguruskan bencana banjir adalah hal yang memenatkan. Baik sewaktu bencana, mahupun selepas bencana, ia memerlukan kudrat yang besar dan ketabahan yang tinggi untuk menghadapinya. Lagipun, hal seperti banjir ini perlu diselesaikan secara muafakat antara penduduk-penduduk dan amat sukar untuk menyelesaikan permasalahan sewaktu banjir ini secara solo.
Menjalani rutin kehidupan harian seperti biasa adalah perkara sukar bagi rakyat yang terlibat dengan bencana banjir ini. Masalah-masalah seperti terputus bekalan makanan adalah perkara yang paling utama. Kebanyakan mangsa lambat berpindah ke pusat pemindahan banjir oleh kerana tinggal bermalam di pusat pemindahan banjir bukanlah perkara yang menyenangkan.
Umpama tinggal menumpang di rumah orang, tentunya ia mendatangkan perasaan tidak selesa terutamanya bagi mangsa yang sudah bekeluarga untuk tinggal berasak-asak dengan mangsa lain di dalam ruang seluas dewan orang ramai.
pusat pemindahan banjir, mangsa banjir
Mangsa-mangsa yang mempunyai anak-anak kecil tentunya lebih terkesan dengan bencana alam ini. Keperluan logistik untuk bayi-bayi, seperti lampin pakai buang, susu tepung dan air panas sukar diperoleh pada waktu-waktu kecemasan ini. Tidak mustahil jika para ibu-ibu ini akan tertekan dalam situasi ini.
Itu belum campur lagi dengan masalah mendapatkan bekalan air bersih. Banjir memang diketahui turut datang bersama penyakit bawaan air. Penyakit-penyakit seperti wabak taun, kencing tikus (leptospirosis) dan demam kepialu adalah antara risiko yang perlu dihadapi oleh mangsa banjir.
Pada waktu ini, kebersihan adalah sesuatu yang amat rare. Bayangkan, hendak buang air, sama ada besar atau kecil, pun memberikan masalah yang amat besar kepada mangsa-mangsa yang terlibat sama ada di pusat pemindahan banjir mahupun mangsa yang dapat tinggal di rumah sendiri.
Rumah mangsa yang masih tidak ditenggelami air turut mengalami masalahnya yang tersendiri. Selain dari terputus bekalan elektrik dan air bersih, mangsa yang tinggal di rumah sendiri turut menghadapi masalah untuk membuang air di tandas rumah sendiri.
Tandas di rumah tidak dapat berfungsi secara normal pada waktu ini. Apabila tandas dipam, air sisa kumbahan akan ditolak keluar melimpah daripada mangkuk tandas sehingga mendatangkan bau taik ke seluruh rumah. Perkara ini boleh berlaku kerana seluruh sistem pembetungan dan kumbahan telah dipenuhi air.
Alternatif lain seperti mencari tandas-tandas awam di kawasan yang tidak dinaiki air adalah lebih sukar berbanding melepaskan sahaja ‘hajat’ di dalam air banjir.
Air pada waktu ini sudah tidak dapat dibezakan langsung mananya air longkang, mananya air sungai dan yang mana air ‘Indah Water’. Kesemuanya bersatu padu membentuk air berwarna coklat kekuningan dan mengalir bersamanya segala macam penyakit bawaan air.
Bila difikirkan balik tentang bagaimana air itu bercampur aduk, aku tidak rasa mandi air banjir itu adalah perkara yang menyeronokkan.

31 KOMEN

  1. Bencana ini membuatkan kita terfikir untuk lebih bersedia pada masa akan datang.. Contohnya menyediakan tempat parking kenderaan lebih tinggi, wang persediaan menghadapi bencana, bekalan makanan apabila menjelang musim hujan, bekalan susu di musim tengkujuh dan sebagainya..

  2. ada ke orang yang sanggup mandi air banjir tu dengan sengaja? kalau aiza tak sanggup kot.. pelbagai zarah terampai dan bakteria ada dalam air tu.. aiza doakan semoga banjir di negeri pantai timur cepat surut.. dan semoga mereka terus tabah menghadapi ujian dari Allah..

  3. tulah air dari pelbagai sumber dah bercampur menjadi satu, bekalan air bersih memang sukar didapati. Simpati sangat dengan nasib mangsa-mangsa banjir..mudah mudahan mereka tabah dan dilindungi.

  4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) <~ bukan nk politikkan isu ni.. tp apa apa jugak bencana yak melanda pasti mengundang byk masalah terutamanya pads mangsa.. mungkin ada yak trauma.. yak susah makin susah.. kata org berat mata memandang berat lagi bahu yak memikul.. bukan takat ckp je senang mcm kuar dari mulot orang xde otak #nanges

  5. Kebetulan,semlm sy ke kuala kangsar rm besan mak,kakak besan mak ada di sana,kata makcik tu,sy ni,badan je ada di sini tp hati di kuantan sana,rm sy baru je buat,perabut baru,kereta sebiji dpn rmh,habis tenggelam,suami sy tak ikut sy ke sini..nasibla masa banjir tu kami semua tkde di sana,selamat anak cucu…cuma suami je yg tinggal di rmh…sian sy dgr cite makcik tu…

  6. masa kecil, kita fikir apa.. seronoknya main air banjir!!!
    bila dah besar, barulah cerdik nak fikir tu air kotor.. huhu..
    Alhamdulillah kawasan rumah zizie belum banjir lagi, tp rumah yg berdekatan dgn sungai conform dah naik air.. huhu..
    tapi, baru2 ni ditimpa musibah akibat angin yang kuat, rumah dihempap pokok.. :'(

  7. ika tak pernah ada pengalaman banjir, tapi kalau daripada pengalaman kawan2, baca sendiri bi blog2, ika pasti sangat mencabar dan penat untuk menghadapi situasi seperti itu, semoga yang ditimpa banjir ini tabah. Semoga keadaan juga beransur pulih…

  8. Dulu tempat aku pernah banjir dan kena pindah ditempat pemindahan, tapi aku tak pergi dan pergi tidur rumah saudara berdekatan. Pergi ke tempat pemindahan takde privacy. Patut kena sediakan khemah. Baru ada privacy sikit. Tiap-tiap tahun macam tu juga tak ada perubahan walaupun dah bertahun-tahun banjir.

  9. kesian kekadang memikirkan nasib mereka di pusat pemindahan sementara itu..itu hanyalah part 1 daripada dugaan mereka..balik nanti nak berhadapan dengan situasi rumah yang tidak diketahui bagaimana

    Regards,
    -Strider-

  10. kalau rumah masih ada tanah yang tak ditengelami air, boleh la korek2 sikit untuk tutup taik lepas berak. yang dok bandar, atau rumah mereka habis tenggelam mungkin juga boleh masukkan dalam plastik dulu.

  11. Simpati kawe bagi mangsa-mangsa banjir di semenanjung. Memang sengsara hidup dibuatnya. Harapan kawe selain dari kerajaan, terdapat ramai individu yg berkemampuan tampil ke hadapan dan membantu mengurangkan kesusahan yang mereka hadapi. Hidup umpama roda. Kalau time kita senang, kita tak bantu org lain, imagine time susah nanti..

Tinggalkan komentar