Samsung dikatakan telah memberikan telefon pintar Samsung Galaxy S21 5G Edisi Olimpik buat para atlet Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Temasya sukan empat tahun sekali ini bakal berlangsung di Tokyo, Jepun pada minggu ini dan atlet dari Malaysia akan turut beraksi bagi memenangi pingat dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Telefon edisi khas Galaxy S21 ini telah dilancarkan oleh Samsung pada bulan lepas yang menampilkan keunikan tersendiri dari segi logo dan gambar latar khas.
Kalau di Olimpik #Rio2016 setiap atlet dapat phone Samsung Galaxy S7 Edge, kali ini untuk #Tokyo2020 atlet-atlet yang layak ke @olympics dapat Samsung Galaxy S21 5G Olympic Edition. 😍
Ini gambar yg dikongsi atlet badminton negara, Aaron Chia di Instagram dia. #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/qx0XNSName
— Team Malaysia (@TeamMsia) July 18, 2021
Pemberian telefon pintar edisi khas Samsung ini telah dikongsikan melalui atlet badminton Malaysia, Aaron Chia. Berdasarkan foto yang dikongsikan oleh beliau, telefon pintar Galaxy S21 edisi khas turut didatangkan dengan putik telinga nirwayar Galaxy Buds Pro.