ASUS Malaysia telah mengumumkan pra-tempahan untuk komputer riba ASUS Zenbook S 13 OLED. Melalui nombor model UX5304, komputer riba OLED paling nipis di dunia ini bakal hadir ke pasaran Malaysia menjelang pertengahan Mei ini.

Terdapat dua varian yang akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Untuk Zenbook S 13 OLED dengan konfigurasi pemprosesan Intel Core i5-1335U, RAM 16GB dan storan 512GB, ia akan dijual pada harga RM4,999.

Manakala untuk varian yang lebih tinggi spesifikasinya pula, ia berharga RM5,999 dengan konfigurasi pemprosesan Intel Core i7-1355U, RAM 16GB dan storan 1TB.ASUS Zenbook S 13 OLED Malaysia Preorder

Pembeli yang membuat pra-tempahan ASUS Zebook S 13 OLED (Intel Core i7-1355U, 16GB RAM, 1TB SSD) berpeluang untuk cenderahati percuma berbentuk ZenScreen 15.6″ FHD (bernilai RM1099). Bagaimanapun, tawaran percuma ini hanya terhad untuk 20 pra-tempahan terawal sahaja.

Zenbook S 13 OLED merupakan sebuah komputer riba yang ringan dengan hanya seberat kurang dari 1 kilogram. Hadir dengan pilihan warna Basalt Gray dan Ponder Blue, komputer riba ini mempunyai satu set lengkap port input dan output untuk penyambungan segera.

Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 63Wh dan skrin OLED ASUS Lumina beresolusi 2.8K (2880 x 1800) dengan nisbah 16:10. Melengkapkan ciri kelebihan yang terdapat pada skrinnya, paparannya juga mempunyai persijilan Pantone Validated dan VESA DisplayHDR True Black 500.

Maklumat lanjut dan pra-tempahan ASUS Zenbook S 13 OLED boleh dibuat dengan mengunjungi ASUS Concept Stores dan juga kedai dalam talian rasmi ASUS.

Tinggalkan komentar