ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini melancarkan Strix GL502, laptop gaming kompak 15.6 inci bagi pasaran Malaysia. Dilengkapi dengan pemprosesan empat teras Intel® Core™ i7 terkini dan kad grafik khusus (dedicated) NVIDIA® GeForce® GTX™ 970M GPU, Strix GL502 merupakan jentera permainan komputer yang memberikan anda prestasi yang terbaik dengan kualiti grafik paling terperinci untuk mana-mana judul-judul permainan terkini yang berkehendakkan spesifikasi tinggi untuk dimainkan.
Walaupun laptop gaming ini mempunyai spesifikasi tinggi, ia masih lagi dikirakan sebagai sebuah laptop yang ringan. Ia juga hadir dengan rekaan mudah alih yang memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana.
Dari segi paparan, ia menawarkan paparan UHD 15.6 inci bercirikan panel anti-silau. Justeru memudahkan pengguna menggunakannya di bawah sinar cahaya yang terang seperti di bawah sinar mentari. Melalui penggunaan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 970M, kualiti grafik yang disediakan olehnya mampu memberikan refresh rate yang tinggi. Hal ini kerana kad grafik yang digunakan memiliki keupayaan 6GB GDDR5 VRAM, disamping menyokong Microsoft DirectX® 12.
Berbalik kepada spesifikasi perkakasan laptop ini, selain dari didatangkan dengan memori 2133MHz DDR4 RAM sebanyak 16GB, laptop boleh ditambah jumlah keseluruhan memorinya sehingga 32GB. Ruangan storannya juga turut menawarkan 512GB M.2 NVM Express™ (NVMe) PCIe® x4 SSD bersama-sama 1TB storan hard disk tradisional. Justeru, memberikan pengalaman kepermainan pantas yang tiada tolok bandingnya.
Strix GL502 memiliki komponen penyejukannya tersendiri yang menggunakan paip haba kuprum dan kipas berkembar bagi mengekalkan suhu pemproses induk dan kad grafik pada suhu yang optimum. Selain itu, ia juga menawarkan papan kekunci yang amat mesra pemain permainan komputer terutamanya pada kekunci WASD.
Pada pengguna yang berminat dengan laptop gaming yang dijual pada harga saranan RM6999 ini, anda boleh berkunjung ke mana-mana wakil jualan produk ASUS berhampiran.
Layari ASUS untuk maklumat lanjut
| Spesifikasi
ASUS ROG Strix GL502VT |
|
| Pemproses | Intel Core i7-6700HQ Processor 2.6 GHz (6M Cache, up to 3.5 GHz) |
| Sistem operasi | Windows 10 (64-bit) |
| Paparan | 15.6-inch LED UHD (3840X2160) |
| Memori dan storan | 16GB DDR4 RAM
1TB SATA 5400RPM 2.5′ HDD 128GB SATA3 M.2 SSD |
| Penyambungan | 1x HDMI 1.4
1x Headphone-out & audio-in combo jack 1x RJ45 LAN 1x mini Display Port 1.2 1x USB 3.1 Type-C (generation 1) 3x USB 3.0 |
| Bekalan kuasa | 180W AC Adapter
62WHr/64WHr 4-cell Lithium ion battery |
| Saiz | 39.0 x 26.6 x 2.35 cm (GL502VT) |
| Berat | 2.24kg (GL502VT) |
Harga: RM 6999













