Asus ROG Phone 2 sememangnya telefon pintar khusus untuk permainan yang berprestasi tinggi dan ianya merupakan salah satu telefon pintar gaming terbaik tahun 2019. Sesuai dengan spesifikasinya, harga yang ditawarkan oleh telefon pintar ini boleh dikatakan agak tinggi.

Atas sebab itu, Asus turut menawarkan versi yang pada harga lebih mampu milik melalui Strix Edition. Apa yang membezakan di antara Asus ROG Phone 2 dengan Asus ROG Phone 2 Stix Edition adalah pada konfigurasi RAM dan storan dalamannya.

Berikut adalah spesifikasi bagi Asus ROG Phone 2 Strix Edition:

  • Paparan AMOLED 6.59-inci dengan kadar segar semula 120Hz
  • Qualcomm Snapdragon 855+
  • RAM 8GB LPDDR4x
  • Storan 128GB UFS 3.0 (tiada mikroSD)
  • Bateri 6,000mAh

Pada harga RM2,499, telefon pintar gaming ini menawarkan harga yang lebih kompetitif berbanding telefon pintar seangkatan dengannya seperti Black Shark 2 Pro.

Asus ROG Phone 2 Strix Edition turut didatangkan bersama-sama dengan pengecas berplug 3-pin 30W, AeroActive Cooler 2 dan juga Aero Case yang sama dengan ROG Phone 2. Secara tidak langsung, pengguna boleh menggunakan aksesori yang sama untuk ROG Phone 2 pada ROG Phone 2 Strix Edition.

Menurut Asus Malaysia, Asus ROG Phone 2 Strix Edition akan mula memasuki pasaran sekitar pertengahan Januari 2020.

Tinggalkan komentar