Utama Telco Astro Astro perkenalkan Penjimatan Eksklusif untuk Penjawat Awam untuk Pakej Hiburan dan Sukan

Astro perkenalkan Penjimatan Eksklusif untuk Penjawat Awam untuk Pakej Hiburan dan Sukan

161
0

Astro telah melancarkan tawaran eksklusif untuk penjawat awam di Malaysia sebagai tanda penghargaan terhadap jasa bakti yang telah dicurahkan. Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam boleh dinikmati oleh 1.6 juta penjawat awam di Malaysia untuk Pek Astro One Entertainment dan Astro One Sports.

Menariknya, pelanggan yang terpilih berpeluang untuk menikmati penjimatan sehingga RM960, pemasangan percuma melalui Plug dan Play, dan juga percuma Kids Add-On yang merangkumi saluran premium kanak-kanak seperti Nickelodeon, Cartoon Network, dan Moonbug.

Pelanggan dari kalangan penjawat awam boleh memilih untuk mendapatkan Pek Astro One Entertainment pada harga diskaun RM39.99 sebulan, berbanding RM49.99 pada harga biasa. Pek ini memberikan akses ke lebih dari 100 saluran yang menampilkan pelbagai pilihan kandungan tempatan dan antarabangsa termasuk akses percuma ke Astro GO, membolehkan pelanggan menstrimkan kandungan di mana sahaja pada bila-bila masa.

Untuk peminat sukan, Pek Astro One Sports boleh didapati pada harga RM69.99 sebulan berbanding harga biasa RM99.99 sebulan. Pek ini menawarkan saluran merangkumi sejumlah besar siaran langsung sukan seperti Premier League, pertandingan BWF, dan Liga Malaysia, dan semua saluran di dalam Astro One Entertainment Pack.

Tawaran ini terbuka kepada seluruh penjawat awam yang masih berkhidmat atau yang sudah bersara, termasuk pelanggan sedia ada dan juga baharu. Pelanggan yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian menerusi laman web rasmi Astro atau melalui WhatsApp 03-9543 3838 dan perlu mengemukakan dokumen pengesahan majikan dan kad pesara untuk proses pendaftaran.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.