Meluaskan penawarannya, Astro telah mengumumkan kerjasamanya dengan Netflix untuk menyediakan akses penstriman kandungan Netflix secara terus dari Ultra Box dan Ulti Box.

Selaras dengan penambahan baharu ini, Astro turut memperkenalkan alat kawalan baharunya yang menyertakan butang khusus Netflix pada Ogos lalu.

Kini, para pelanggan Astro dijangka bakal menikmati kandungan Netflix tidak berapa lama lagi, berdasarkan iklan acah yang diterbitkan oleh Netflix sendiri.

Penyedia kandungan penstriman dalam talian berkenaan telah meletakkan kad “Red Notice” besar di ibu pejabat Astro di Bukit Jalil. Kad besar berkenaan diletakkan pada hiasan huruf-huruf “Beyond” di laman ibu pejabat Astro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Malaysia (@netflixmy)

“Red Notice” merupakan filem baharu lakonan Dwayne “The Rock WWE” Johnson, Ryan Reynolds dan Gal Gadot. Filem berkenaan dijadual akan ditayangkan bermula 12 November 2021.

Iklan acah ini juga turut memberikan gambaran pelanggan Astro dapat menonton filem tersebut menerusi Netflix pada 12 November ini. Buat masa ini, Astro masih lagi mengumumkan perincian dan harga langganan Netflix yang ditawarkan olehnya.

Berkemungkinan besar, ia akan ditawarkan dengan pakej seperti penawaran Disney+ Hotstar dengan Astro. Dalam pada masa yang sama, Astro juga dijadual akan mengadakan satu acara baharu pada 9 November ini.

Tinggalkan komentar