Selaku sebahagian dari pengedar rasmi perkhidmatan Disney+ Hotstar di Malaysia, Astro telah menyediakan akses ke perkhidmatan berkenaan kepada pelanggan Movie Pack serentak pada hari pelancarannya.

Bagaimanapun, disebabkan oleh sambutan yang amat menggalakkan dari pelanggan-pelanggan Astro, sebahagian pengguna didapati mempunyai masalah untuk mengaktifkannya dengan segera.

Atas sebab itu, Astro telah mengumumkan pelarasan bil bagi bulan Jun untuk pelanggan-pelanggan Movie Pack yang mengaktifkan Disney+ Hotstar.

Pelanggan-pelanggan Astro Movie Pack yang mengaktifkan Disney+ Hotstar sepatutnya akan dikenakan bayaran tambahan RM 5 sebulan bermula dari 1 Jun. Namun, oleh kerana masalah pengaktifan ini, Astro telah membuat pengecualian bayaran tersebut di dalm bil bagi bulan ini.

Oleh itu, penambahan bayaran RM 5 untuk perkhidmatan Disney+ Hotstar tidak akan di masukkan ke dalam bil bulan Jun bagi pelanggan Astro Movie Pack.

Tinggalkan komentar