Apple dijangka akan melancarkan headset realiti campuran pertamanya pada 2023, menurut pakar analisis Apple di Bloomberg, Mark Gurman.
Syarikat tersebut dikatakan telah mencipta nama baru untuk platform itu, “xrOS” dan bukannya “realityOS” atau “rOS” seperti jangkaan sebelum ini. Perkembangan ini juga menunjukkan pelancaran teknologi baharu dari Apple ini kian hampir.
“XR” bermaksud eXtended Reality (Realiti Dikembangkan), istilah yang diterapkan kepada headset yang boleh menjalankan VR (Realiti Maya) dan AR (Realiti Terimbuh). Teknologi VR digunakan bagi mencipta persekitaran CGI yang sempurna, manakala AR pula melapisi data dan imaginasi di atas dunia sebenar.
Set kepala seperti Meta Quest 2 mengoperasikan VR dengan sedikit AR. Manakala Quest Pro yang baharu lebih baik dalam memanfaatkan teknologi AR, dan peranti seperti HoloLens Microsoft dan Google Glass pula lebih memberikan fokus pada AR. Pemain utama lain di pasaran termasuk Valve, HTC, dan Sony pula sudah membuat pra-tempahan set kepala untuk PSVR2.
Perkembangan ini akan merupakan penerokaan segmen pasaran baharu pertama buat Apple sejak pelancaran Apple Watch pada 2015. Pada ketika itu, Apple Watch bukanlah jam tangan pintar pertama pertama di pasaran, namun penerimaannya di kalangan pengguna amat menggalakkan. Laporan sukuan tahunan terkini menunjukkan jualan Wearables, Home, dan Accessories dari Apple mencatatkan angka yang lebih tinggi berbanding iPad dan sedikit rendah daripada Mac.













