Utama Apple Apple Siri dilaporkan akan ditambah baik dengan Google Gemini

Apple Siri dilaporkan akan ditambah baik dengan Google Gemini

30
0

Penambahbaikan Apple Siri dijangka akan didatangkan bersama-sama alatan carian web berkuasa AI dengan teknologi yang dikuasakan oleh Google Gemini, menurut laporan terkini Mark Gurman dari Bloomberg.

Pengeluar iPhone tersebut yang sebelum ini dikritik kerana ketinggalan dalam perlumbaan AI telah menangguhkan kemaskini Siri sehingga 2026. Dalam pada masa yang sama, pihak syarikat sedang berusaha menjadikan model AI buatannya berfungsi sebaiknya dengan Siri yang telah dinaik taraf setanding AI lain seperti dari OpenAI, Perplexity dan Google.

Contoh penggunaan Google Gemini pada Galaxy Fold 7 – Gambar Hiasan

Menurut Bloomberg, Apple mungkin bekerjasama dengan Google untuk penyelesaian tersebut. Laporan tersebut mendakwa Apple dan Google telah mencapai kata sepakat secara formal dalam minggu ini yang akan menyaksikan Apple menguji model Google AI di dalam Siri.

Jika berjaya, teknologi tersebut boleh digunakan di dalam perisian iPhone merangkumi pelayar Safari dan carian Spotlight yang tersedia di dalam Home Screen.

Beberapa tahun kebelakangan ini Spotlight dilihat sedang berusaha menyaingi Google dengan membolehkan pengguna iPhone mendapatkan jawapan asas tentang topik-topik popular tanpa melalui carian web. Melalui chatbot AI kelak, pengguna boleh mendapatkan jawapan pantas pelbagai topik dengan lebih mendalam.

Laporan yang sama juga menyatakan antaramuka carian yang ditambahbaik itu nanti akan menggunakan gabungan teks, foto, video, tempat-tempat menarik berhampiran, dan juga ciri membuat rumusan berkuasa AI. Ia juga mampu menggunakan data peribadi pengguna untuk membolehkan pengendalian peranti melalui suara.

Tinggalkan komentar