Apple baru-baru ini telah melancarkan komputer desktop terbarunya, Mac Studio dengan harga yang tinggi dan setakat ini tiada tarikh jualan di pasaran Malaysia diumumkan setakat ini. Apa yang menarik mengenai komputer desktop bersaiz kecil ini adalah ia merupakan produk buatan Malaysia.

Hal ini turut diketengahkan oleh seorang YouTuber iJustine yang membuat video ulasan Mac Studio. Menerusi video tersebut, jelas kelihatan permukaan bawah komputer berkenaan menyatakan “Designed By Apple in California, Made in Malaysia (Direka oleh Apple di California, Dibuat di Malaysia)@.

Perkara ini juga diulas oleh pelbagai media teknologi antarabangsa lain seperti The VergeEngadgetCNETWiredCNBC, dan TechCrunch.

Bagaimanapun, tidak semua Mac Studio yang dipasarkan kelak adalah jenis yang dihasilkan di Malaysia. Sebahagian dari unit-unit berkenaan turut dihasilkan di China.

Tidak dapat dipastikan bilakah Mac Studio ini akan hadir ke Malaysia sungguhpun ia dihasilkan di Malaysia. Harga Mac Studio bermula dari RM8,799 hinggalah ke RM32,799 mengikut konfigurasi pilihan pengguna.

Tinggalkan komentar