Apple baru-baru ini telah memperbaharui senarai produk di laman web rasminya di Malaysia dengan menyenaraikan AirPods generasi ketiga. True Wireless earbuds ini telah diperkenalkan menerusi acara Unleashed pada bulan lepas.

AirPods generasi ketiga membawakan rekaan baharu berkontur dengan tangkai yang lebih pendek mirip dengan AirPods Pro. Sungguhpun dilengkapkan dengan cip H1 dan kawalan sentuhan yang sama, AirPods baharu ini bukan jenis masuk lubang telinga. Ia juga tidak dilengkapkan dengan active noise cancellation dan mod Transparency.

Bagaimanapun, ia mempunyai persamaan dari segi ciri seperti penarafan kerintangan air IPX4, sokongan audio spatial dengan penjejakan pergerakan kepala dinamik dan EQ beradaptif. Dari segi jangka hayat bateri, AirPods baharu ini mampu bertahan selama antara 6 hingga 30 jam jika digunakan bersama-sama MagSafe Charging Case.

AirPods generasi ketiga ini dijual pada harga RM829 di laman web rasmi Apple Malaysia. Sebagai perbandingan, model generasi keduanya kini berharga RM589, kurang RM100 dari harga ketika ia dilancarkan di Malaysia pada April 2019.

Tinggalkan komentar