Samsung telah melancarkan aplikasi kamera tunggal baharu (beta) secara percuma dan eksklusif untuk Galaxy S21 Ultra di Korea Selatan.
Dikenali sebagai Expert RAW, aplikasi ini membolehkan anda mengambil foto di dalam Pro Mode dengan keempat-empat kamera telefon berkenaan. Sebelum ini, Pro Mode hanya ditawarkan pada kamera utama 108MP dan ultra-lebar 12MP.
Pro Mode menyediakan pengguna kawalan secara manual terhadap tetapan kamera peranti seperti:
- apertur
- ISO
- kelajuan pengatup
- mengambil foto dalam format RAW
Menurut Samsung, aplikasi Expert RAW baharu ini membolehkan keempat-empat kamera Galaxy S21 Ultra mengambil gambar di dalam format JPEG lossless dan RAW DNG 16-bit linear.
Imej yang diambil oleh pengguna di dalam RAW mampu menawarkan lebih fleksibilti ketika pasca-pemprosesan melalui aplikasi suntingan imej khusus seperti Adobe Lightroom. Ia amat penting buat jurugambar, terutamanya kepada pengguna yang ingin memanfaatkan sepenuhnya kedua-dua telefoto kamera Samsung Galaxy S21 Ultra yang sebelum ini tidak menyertakan Pro Mode dalam tetapan asal kameranya.
Bagaimanapun, Expert RAW hanya ditawarkan di Galaxy Store versi Korea Selatan. Tidak dapat dipastikan bilakah versi beta ini akan dilancarkan ke pasaran-pasaran lain. Samsung juga menyatakan sokongan Expert RAW dan telefoto pada Pro Mode aplikasi kameranya pada kemaskini yang akan datang.
Bagi anda yang ingin mencubanya juga, anda boleh memuat turun fail APK Expert RAW, yang dikongsi oleh FronTron menerusi Twitter.
Galaxy Expert RAW
APK: https://t.co/RO8DXM0AWX
Lightroom Profile:https://t.co/Nxq7ae4NF5Supported in S21U running Android 12 or above.
Linear DNG 16bit raw, Lossless JPEG, HDR, ISO, Shutter-Speed, EV, Manual Focus, White Balance, Histogram, UW, Wide, Tele(3x), Tele(10x) lens pic.twitter.com/6VSuDQo9tE
— Tron ❂ (@FrontTron) November 24, 2021
Aplikasi ini juga hanya menyokong Samsung Galaxy S21 Ultra yang menggunakan One UI 4.0 berasaskan Android 12 sahaja.













