Antonov An-225 Mriya, pesawat kargo terbesar yang pernah dihasilkan di dunia, kini disahkan telah musnah di Lapangan Terbang Hostomel ketika serangan ketenteraan Russia di Ukraine.
Dikongsikan oleh Dmitri Alperovitch menerusi Twitter, foto di dalam hantara tersebut menunjukkan bangkai pesawat Antonov An-225 Mriya. Pesawat gergasi berkenaan telah disahkan musnah pada tanggal 27 Februari 2022 di Lapangan Terbang Hostomel.
https://twitter.com/DAlperovitch/status/1499640226481901570?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1499640226481901570%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Ftheaviationgeekclub.com%2Fhere-are-the-remains-of-the-antonov-an-225-mriya-the-largest-plane-ever-built-destroyed-at-hostomel-airport-during-the-russian-invasion-of-ukraine%2F
Turut dikongsikan oleh pengguna Twitter yang lain video berkenaan pesawat tersebut oleh TV kerajaan Russia. Rakaman tersebut menunjukkan keadaan bangkai pesawat An-225 di lapangan terbang tersebut.
Russian State TV report from Gostomel Airport in Kyiv. Sadly An-225 completely destroyed. pic.twitter.com/9kN04Gkz91
— Aldin 🇧🇦 (@aldin_aba) March 4, 2022
Kerajaan Ukraine pada Ahad lalu telah mengesahkan pesawat Antonov AN-225 “Mriya” (Impian) telah musnah.
Pada asalnya, Antonov An-225 Mriya merupakan pesawat kargo pengangkut strategik yang direka oleh Biro Rekabentuk Antonov di Republik Soviet Sosialis Ukraine, yang pada ketika itu di dalam Soviet Union pada dekad 1980’an.
Pesawat tersebut dikuasakan oleh enam enjin turbofan dan merupakan pesawat paling berat yang pernah dihasilkan. Pada ketinggian 18 meter, pesawat ini juga mempunyai lebar sayap sepanjang 88 meter, paling besar berbanding mana-mana pesawat yang boleh beroperasi.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini pernah menerima pendaratan pesawat ini pada 2018. Sebelum itu, KLIA pernah dikunjungi oleh Antonov An-225 Mriya sebanyak dua kali iaitu pada 2007 dan 2016 sebagai pesawat muatan kargo komersil.













