Membeli barangan secara dalam talian di Amazon melalui Malaysia boleh dikatakan sama ada terlalu rumit atau mahal memandangkan syarikat tersebut secara rasminya tidak berada di dalam negara kita.

Pun begitu, syarikat berkenaan telah beroperasi di Singapura sejak dari 2017 dan turut memaparkan harga jualannya di dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM) bagi pengunjung laman web yang datang dari Malaysia. Terkini, Amazon menawarkan penghantaran percuma bagi barangan terpilih ke Malaysia.

Berdasarkan keterangan di laman soalan-soalan lazimnya, Penghantaran Antarabangsa Percuma ke Malaysia ditawarkan untuk barangan terpilih apabila jumlah keseluruhannya lebih daripada SG$40 (~RM129).Amazon Malaysia

Hanya barangan terpilih sahaja yang layak untuk tawaran tersebut dan ia ditandakan dengan label “FREE Delivery”. Bilangan barangan yang dipilih juga tidak terhad asalkan jumlah keseluruhannya melebihi nilai SG$40 dan ke atas. Penghantaran percuma ini juga akan dimasukkan secara automatik ketika pembayaran dibuat dan ditandakan sebagai “FREE International Standard Delivery”.

Penghantaran percuma ini juga ditawarkan untuk waktu terhad dengan barangan-barangan lain menunjukkan waktu yang berbeza. Didapati produk-produk dari penjual yang sama juga mempunyai tempoh tawaran penghantaran percuma yang sama. Tidak dapat dipastikan sama ada Amazon Singapura berhasrat membawakan kembali tawaran penghantaran percuma ini pada masa hadapan nanti.

Tinggalkan komentar