ALTEL telah mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan prabayarnya pada 31 Disember 2022 selepas menjalankan operasi telekomunikasinya selama 10 tahun.

Penamatan ini adalah disebabkan oleh penstrukturan semula aktiviti perniagaannya di bawah Kumpulan Syarikat ALTEL.

Pelanggan-pelanggan yang terkesan dinasihatkan oleh pihak ALTEL melakukan beberapa senario untuk mengurangkan kesan penamatan perkhidmatan tersebut. Antaranya:

Pilihan Menyambung Perkhidmatan

  1. Memindahkan Nombor ALTEL ke Operator Hos (Celcom) dan membuat permohonan bayaran balik baki kredit bermula daripada 4 Oktober 2022 sehingga 30 November 2022; atau
  2. Menamatkan Nombor ALTEL dan membuat permohonan bayaran balik baki kredit bermula daripada 4 Oktober 2022 sehingga 30 November 2022. Bagi pelanggan yang ingin menamatkan Nombor ALTEL tanpa membuat permohonan bayaran balik baki kredit, sila hubungi Altel Customer Care di talian 1300-13-3888; atau
  3. Menukar rangkaian (“port out”) kepada Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi lain sebelum 15 November 2022. Pelanggan yang memilih untuk menukar rangkaian (port out) tidak layak untuk mendapat bayaran balik baki kredit seperti yang termaktub di dalam Terma dan Syarat Mobile Number Portability (MNP).
  4. Bagi pelanggan yang tidak membuat sebarang pilihan di atas, Nombor ALTEL anda akan dipindahkan secara automatik ke Operator Hos (Celcom) bermula 1 Disember 2022 dan tidak layak untuk mendapat bayaran balik baki kredit.

Prosedur Bayaran Balik Baki Kredit

  1. Untuk memohon Bayaran Balik Baki Kredit dan Berpindah ke Operator Hos (Celcom), sila layari https://altel.my/refund_and_number_migration/
  2. Untuk memohon Bayaran Balik Baki Kredit dan Menamatkan Nombor ALTEL, sila layari https://altel.my/refund_and_number_termination/
  3. Tarikh akhir untuk memohon Bayaran Balik Baki Kredit adalah pada 30 November 2022. Bayaran balik baki kredit akan didepositkan ke dalam akaun bank anda bermula daripada 1 Disember 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Tajuk  ALTEL Pengumuman Tamat Perkhidmatan 2022

Klik Di Sini untuk Terma dan Syarat Bayaran Balik Baki Kredit.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Perkhidmatan Pelanggan ALTEL: 13388 (Talian Bebas Tol)
Atau
Layari Altel.my
Isnin – Ahad dari 8.00 pagi – 10.00 malam.

Soalan-soalan lazim boleh dirujuk di sini.

Tinggalkan komentar