Utama Komputer Cara mengaktifkan Akaun Administrator yang tersembunyi pada Windows 7, 8 atau 10

Cara mengaktifkan Akaun Administrator yang tersembunyi pada Windows 7, 8 atau 10

3643
0

Kebanyakan pengguna yang sudah biasa menggunakan sistem operasi Windows versi yang terdahulu mungkin tertanya-tanya kemanakah hilangnya akaun Administrator yang dulunya sudah sedia diwujudkan secara default. Adakah akaun jenis ini masih lagi wujud dan bagaimanakah cara untuk mengaksesnya?

Akaun ini masih lagi diwujudkan pada sistem-sistem operasi Windows versi terkemudian seperti 7, 8 dan 10. Namun, disebabkan ianya tidak diaktifkan, pengguna tidak dapat menggunakannya. Bagi pengguna yang ingin melakukan pembaikan sendiri dan perlu akses sebagai Administrator, anda boleh melakukannya melalui beberapa arahan yang ringkas.

Peringatan: Akaun Administrator terbina dalam ini mempunyai lebih banyak akses berbanding akaun biasa – dan kelebihan akses ini boleh mendatangkan kesan buruk jika cara penggunaannya dilakukan secara tidak terkawal. Anda dinasihatkan untuk mengaktifkan akaun Administrator ini jika anda benar-benar pasti untuk menggunakannya untuk tujuan pembaikan. Jika tidak pasti, adalah lebih selamat untuk anda tidak mengusiknya.

Cara mengaktifkan Akaun Administrator di dalam Windows

Pertama sekali, anda perlu membuka Command Prompt di dalam mod Administrator dengan klik kanan dan pilih “Run as administrator” (atau gunakan kekunci pintas Ctrl+Shift+Enter dari kotak carian).

Cara ini boleh juga digunakan pada mana-mana versi Windows. Taipkan cmd dan klik kanan pada ikon Command Prompt yang muncul pada menu Start.

Bagi anda yang menggunakan Windows 8, 8.1 atau 10, anda boleh klik kanan pada butang Start dan terus membuka Command Prompt (Admin).

Seterusnya, taipkan arahan berikut:

net user administrator /active:yes

Anda seterusnya dapat melihat mesej yang memaklumkan arahan tersebut telah berjaya dilaksanakan. Log keluar dan anda akan dapat melihat kini akaun Administrator telah muncul sebagai pilihan akaun.

(Nota: Imej ini diambil dari Windows 7, tetapi cara ini boleh juga digunakan pada Windows 8, 8.1 atau 10).

Anda pastinya perasan yang akaun Administrator ini tidak menyediakan kata laluan. Jadi, jika anda ingin terus mengekalkan akaun ini, pastikan anda menetapkan kata laluan khusus untuknya.

Melumpuhkan Akaun Administrator Terbina-Dalam

Pastikan anda log masuk sebagai pengguna akaun biasa anda dan buka Command Prompt sebagai Administrator dan taipkan arahan berikut:

net user administrator /active:no

Akaun Administrator anda kini sudah dilumpuhkan dan sepatutnya tidak dipaparkan pada skrin login anda.

Tinggalkan komentar