Ahmed Mohamed, pelajar berusia 14 tahun yang ditahan kerana membawa jam ciptaan sendiri ke sekolahnya di Texas pada minggu lalu, telah mendapat liputan yang meluas sehingga mendapat perhatian dari selebriti mahupun firma-firma teknologi terkemuka dunia.
Terbaru, Microsoft turut menyatakan sokongan terhadap Ahmed Mohamed dengan memberikan hadiah berupa rangkaian peranti-peranti dan produk keluaran Microsoft.
Microsoft Surface Pro 3, Microsoft Band, Cube 3D printer, Raspberry Pi dan langganan percuma untuk Office 365 merupakan sebahagian daripada produk-produk yang dihadiahkan secara percuma kepada beliau.
Alia Salem, pengarah eksekutif Council on American-Islamic Relations Dallas-Fort Worth telah menghantar sebuah pos yang memaparkan foto Ahmed Mohamed dengan hadiah-hadiah dari Microsoftnya di dalam laman Twitter Sabtu lalu. Pihak Microsoft memberikan respon balas terhadap pos Twitter tersebut dengan menyatakan, “Enjoy…we can’t wait to see what you create with it all! (Bergembiralah.. kami tak sabar menunggu apa yang awak boleh hasilkan daripadanya!)”
Isnin minggu lepas, Ahmed membawa jam digital rekaannya ke Sekolah MacArthur High. Peranti yang mengandungi litar elektronik, bekalan kuasa, paparan digital dan penggera itu disimpan di dalam bekas pensel. Selepas jam tersebut mula berbunyi sewaktu mata pelajaran bahasa Inggeris, guru mata pelajaran terbabit bertindak merampas jam tersebut dan menghubungi pihak pentadbir sekolah. Seterusnya, pihak pentadbir memanjangkan kes tersebut kepada pihak berkuasa tempatan.
Ahmad kemudian dibawa keluar dari kelasnya untuk dibawa ke balai polis dengan tangan bergari. Foto insiden beliau digari itu telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak melalui sebaran di media-media sosial di serata dunia dan seterusnya mendapat respon dari agensi-agensi, selebriti dan orang-orang kenamaan seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, CEO Facebook Mark Zuckerberg, NASA, MIT dan banyak lagi.
Sumber berita diperoleh dari Geek Wire














kerana 1insiden buruk beliau mendapat tuah kan
ada hikmah disebalik kejadian tersebut