Rangkaian 5G dijangka akan dilancarakn di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya menjelang hujung tahun 2021 ini.

Maklumat ini dikongsikan oleh Digital Nasional Berhad lanjutan dari pemilihan Ericsson untuk membangunkan infrastruktur 5G tempatan.

Pembangunan 5G ini akan diteruskan di lima buah bandar-bandar utama di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah dan Sarawak pada tahun 2022 kelak. Dijangkakan, pembangunan ini akan diteruskan lagi pada tahun 2023 dengan meliputi 17 kawasan bandar dan juga luar bandar.

Sebanyak 80% kawasan berpenduduk akan menerima liputan rangkaian 5G menjelang tahun 2024.

Tinggalkan komentar