Galaxy A54 5G merupakan telefon pintar peringkat menengah paling premium keluaran Samsung bagi tahun 2023 setakat ini dan ia merupakan kesinambungan dari Galaxy A53 5G.

Atas sebab itu, ia membawakan penambahbaikan dari segi skrin yang lebih terang, pemprosesan yang lebih pantas, sokongan kemaskini perisian yang lebih panjang serta rekaan yang lebih premium.

Pemprosesan Exynos 1380, cukup berkuasa untuk permua

Paling mengujakan berkenaan Galaxy A54 5G adalah pada penggunaan pemprosesan Samsung Exynos 1380. Ia lebih berkuasa jika dibandingkan dengan Exynos 1280 yang digunakan pada Galaxy A53 5G.

Hasil dari empat teras CPU berprestasi tinggi dan satu GPU yang berprestasi tinggi, cipset dengan senibina 5nm ini mampu memberikan Galaxy A54 5G 20% lebih pantas dalam menjalankan tugasan CPU dan 26% lebih pantas dalam permainan berbanding Galaxy A53 5G.

Sistem kamera dengan OIS yang ditambahbaik untuk foto dan video lebih baik

Kamera utama Galaxy A54 5G telah ditambahbaik. Ia menggunakan sensor 50MP dengan piksel yang lebih besar (1µm), OIS yang diperkemaskan, dan autofokus semua piksel.

Oleh itu, telefon pintar ini mampu memberikan fokus yang lebih pantas, tangkapan imej yang lebih jitu dan terang, dan juga rakaman video yang lebih lancar dalam keadaan yang kurang pencahayaan. Ia juga mampu merekodkan video dalam 4K 30fps menggunakan kamera hadapan dan juga belakangnya.

Sistem OIS baharu ini mampu mengendalikan goncangan dan gegaran 50% berbanding Galaxy A53. Ia juga empat kali lebih reaktif berbanding Galaxy A53. Sistem autofokus semua pikselnya menggunakan 100% piksel pada kameranya untuk autofokus bagi meningkatkan kepantasan dan kestabilan ketika melakukan fokus.

Kemasan kaca pada permukaan belakangnya

Galaxy A54 5G merupakan telefon pintar pertama dari siri Galaxy A5x yang menampilkan kemasan kaca untuk permukaan belakangnya.

Ia menggunakan Gorilla Glass untuk bahagian hadapan dan belakang, justeru memberikan rasa yang lebih premium ketika dipegang selain lebih kalis calar.

Skrin lebih terang, Pembesar Suara lebih lantang dan slot kad mikroSD

Telefon pintar peringkat menengah Samsung ini juga menampilkan skrin yang lebih terang sehingga 1,000 nits. Warna pada paparannya juga lebih jitu walaupun di bawah cahaya yang terik melalui teknologi Vision Booster.

Skrinnya ini juga mempunya paparan Super AMOLED 6.4-inci beresolusi Full HD+, kadar penyegaran semula 120Hz, persijilan HDR10+ dan persijilan SGS untuk pengurangan pelepasan cahaya biru.

Selain itu, Samsung juga menambahbaik pembesar suara stereo untuk Galaxy A54 5G ini. Ia mempunyai bunyi yang lebih kuat dan bass yang lebih mendalam.

Bersama-sama slot kad mikroSD untuk perluasan ruangan storannya, telefon pintar ini mampu menjadi pemain multimedia yang cemerlang.

Wi-Fi 6 untuk penstriman dan permainan yang lebih pantas

Samsung telah melengkapkan Galaxy A54 5G dengan Wi-Fi 6 yang membolehkan video penstriman beresolusi tinggi di Disney+, Netflix, Amazon Prime dan YouTube dapat dimainkan dengan baik.

Memaninkan permainan dalam talian juga kini lebih baik melalui sambungan internet lebih pantas menggunakan router Wi-Fi 6. Lain-lain ciri ketersambungan telefon pintar ini termasuklah GPS, 5G, Bluetooth 5.3, NFC dan port USB Type-C 2.0.

Harga Galaxy A54 5G di Malaysia

Samsung Galaxy A54 5G dan A34 5G MalaysiaDi Malaysia, Galaxy A54 5G bagi pilihan storan 256GB dengan RAM 8GB dijual pada harga RM1,899.

  • Galaxy A54 5G; RAM 8GB, storan 256GB – RM1,899

Anda boleh membuat pembelian melalui eStore Samsung Malaysia dan wakil-wakil pengedar yang sah di seluruh negara.

Tinggalkan komentar