Bagi yang sering menggunakan komputer dengan sistem operasi Microsoft Windows, anda tentu sahaja pernah ketemukan dengan pelbagai jenis ralat yang memaklumkan terdapat masalah yang perlu diambil tindakan. Pemberitahuan ralat ini penting untuk diketahui oleh pengguna agar kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Untuk artikel ini, saya akan menceritakan sebahagian ralat-ralat yang kerap diketemukan oleh pengguna Microsoft Windows. Antaranya;

Bunyi Beep selepas POST (Power-on self-test)

Jika terdapat masalah pada perkakasan komputer anda, ralat ini akan ditemui sebaik sahaja anda menghidupkan komputer anda. Bunyi-bunyi tertentu yang dihasilkan pada komputer anda menandakan tahap keadaannya. Misalnya, jika ada satu sahaja bunyi beep (atau dua, bergantung dengan jenis pengeluar motherboard anda), ia menandakan komputer anda telah melepasi syarat POST (Power-on self-test).

Imej diperoleh dari Singh Banna Computer
Imej diperoleh dari Singh Banna Computer

Bagaimanapun, jika bunyi yang dikeluarkan lebih dari sekali atau berterusan, ia menandakan terdapat ralat pada perkakasan komputer anda bergantung dengan jenis pengeluar motherboard berkenaan dan juga versi BIOS yang digunakan

Masalahnya boleh sahaja berlaku disebabkan oleh sama ada dari bateri CMOS sehinggalah kepada masalah kegagalan kad grafik untuk berfungsi. Anda boleh merujuk keseluruhan simptom-simptom yang ditunjukkan melalui pautan ini.

Skrin Biru Maut atau Blue Screen of Death (BSoD)

Tak kira versi Windows apa pun yang anda pernah gunakan, anda ralat yang popular anda ketemukan adalah Blue Screen of Death atau singkatannya BSoD.

Imej diperoleh dari Neosmart
Imej diperoleh dari Neosmart

Tidak seperti kebanyakan ralat-ralat Windows yang lain, BSoD tidak membenarkan anda untuk menekan kekunci lain seperti butang ESC atau CTRL+ALT+DEL untuk membetulkan keadaan.

Sebaliknya, anda hanya boleh menekan butang untuk mematikan dan menghidupkan semula komputer anda. Anda perlu menanggalkan sebarang peranti atau perkakasan yang baru dipasang pada komputer anda sebelum ralat berkenaan muncul. Perisian baru dipasang yang anda syaki menjadi punca kepada ralat berkenaan, boleh dibuang menerusi Safe Mode.

Terdapat perisian yang boleh digunakan untuk melihat punca yang mengakibatkan BSOD melalui system dump files dan log-log dengan perisian Nirsoft BlueScreenView.

Memori Maya Terlalu Rendah (Virtual Memory Too Low)

Merupakan di antara ralat yang sering diketemukan, ia berlaku apabila jumlah RAM yang diperlukan oleh komputer anda tidak mencukupi atau sesebuah aplikasi yang sedang digunakan menggunakan jumlah RAM yang terlalu besar.

Imej diperoleh dari Microsoft TechNet
Imej diperoleh dari Microsoft TechNet

Sistem komputer anda pada kebiasaannya bijak dalam menangani permasalahan ini dalam menentukan bila masanya untuk menggunakan memori sebenar (pada RAM) atau memori maya (virtual memories, pada hard disk anda).

Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh sama ada menambah jumlah RAM anda ataupun dengan menyediakan ruangan storan utama (biasanya drive C:) yang lebih luas lagi dengan memadam fail-fail sarap dan cache dengan perisian seperti Ccleaner.

Fail-fail DLL yang hilang (Missing DLL Files)

Mesej ralat ini kerap juga timbul dari masa ke semasa apabila fail yang diperlukan untuk perisian berkenaan telah hilang. Ia sering berlaku terutamanya bagi pengguna yang gemar memasang perisian atau permainan cetak rompak.

Ia juga boleh berlaku pada pemasangan perisian melalui media yang rosak seperti melalui CD atau DVD yang sudah bercalar. Selain dari itu, terdapat juga sesetengah kes berlaku disebabkan oleh serangan virus yang merosakkan fail-fail perisian yang tertentu.

Cara untuk memulihkan ralat ini adalah dengan melakukan pemasangan baru dari fail-fail yang anda rasakan masih elok dan lengkap.

Tinggalkan komentar