Kiraan ‘dislike’ pada video YouTube adakalanya boleh menjadi punca pertikaian di dalam platform video berkenaan. Oleh yang demikian, pihak platform tersebut telah memutuskan untuk mengalih keluar fungsi tersebut dari tatapan umum secara berperingkat.
Menurut YouTube, kiraan ‘dislike’ ini boleh disalahgunakan sebagai salah satu bentuk perlecehan. Berdasarkan analisis yang dijalankan, menyorokkan bilangan ‘dislike’ mampu mengurangkan aktiviti perlecehan melalui fungsi tersebut.
Langkah ini telah menerima sambutan yang baik dari penyedia kandungan kecil-kecilan yang lebih cenderung untuk menjadi sasaran serangan perlecehan tersebut. Kiraan bilangan ‘dislike’ ini juga tidak membantu pengguna dalam mengenalpasti video yang tidak boleh dipercayai.
https://www.youtube.com/watch?v=kxOuG8jMIgI
Sungguhpun bilangannya tidak lagi ditayangkan kepada pengguna umum, butang dislike masih lagi disediakan. Bilangan tersebut hanya dapat dilihat oleh penyedia kandungan video terbabit.
Fungsi ‘dislike’ ini diwujudkan bagi tujuan membantu pengguna mendapatkan video cadangan yang lebih baik berdasarkan pengiraan algoritma sistem YouTube.













