Google baru-baru ini telah mengumumkan YouTube Go, aplikasi baru yang direka bentuk dengan tujuan meluaskan lagi jumlah capaian pengguna ke platform video atas talian berkenaan. Aplikasi ini dibina khusus untuk pengguna-pengguna yang mempunyai akses internet yang lembab.

YouTube Go membenarkan pengguna untuk menyimpan video untuk tontonan ketika offline dengan pilihan untuk tahap kualiti dan saiz fail untuk simpanan. Aplikasi ini juga membenarkan pengguna untuk berkongsi fail dengan pengguna-pengguna berhampiran tanpa melibatkan penggunaan data. Ia dibina dengan ciri Smart Offline yang pertama kalinya dilancarkan di India awal tahun ini.

Aplikasi ini telah didedahkan bersempena acara Google yang dilangsungkan di Delhi baru-baru ini. Selain dari aplikasi berkenaan, turut didedahkan beberapa produk terkini yang dikhususkan kepada pengguna-pengguna di India.

Pengguna-pengguna di India kini boleh mendaftar untuk menguji aplikasi YouTube Go. Sehingga kini masih belum dikhabarkan bilakah aplikasi ini akan dilancarkan ke negara-negara lain.

Sumber berita diperoleh dari The Wired

Tinggalkan komentar