Xiaomi pada hari ini telah mengumumkan pelancaran cermin mata dengan realiti terimbuh (AR) yang dikenali sebagai Mijia AR Glass. Cermin mata AR ini dilengkapkan dengan skrin, kamera 50MP dan cip Snapdragon.

Jualannya mula dibuka secara dalam talian menerusi Xiaomi Mall pada 3 Ogos ini, jam 10 pagi untuk biayasama (crowdfunding). Harga jualannya adalah 2,699 yuan (~RM1,779) dengan harga sepanjang tempoh biayasamanya dibuka 2,499 yuan (~RM1,647).

Kamera Mijia AR Glass dilengkapkan dengan satu kamera ultra-lebar empat dalam satu Quad Bayer 50MP dan satu kamera telefoto berperiskop 8MP dengan penstabil imej elektronik (EIS) terbahagi dua yang hanya seberat 100g. Melalui gabungan lensa ini, Mijia Glasses Camera mampu mencapai zum optikal 5x dan hibrid zum 15x.Xiaomi-Mijia-AR-Glass-1

Dalam pada masa yang sama, untuk menggunakan rakaman masa nyata, peranti boleh pakai ini juga menyokong tangkapan foto melalui isyarat pergerakan tangan pengguna. Kamera ini juga boleh mengesan pergerakan tangan pengguna untuk kawalan sistem AR.Xiaomi Mijia AR Glass

Skrin Mikro OLED 0.23-inci 328 ppi buatan Sony pada Mijia AR Glass ini mampu mencapai kecerahan 300 nits. Malah, skrin ini juga dikatakan mampu dilihat di bawah sinaran matahari. Paparan kandungan realiti terimbuh pada diskrin ini ditayang menggunakan teknologi pencahayaan secara freeform.Xiaomi-Mijia-AR-Glass-Specifications

Setakat ini cipset yang digunakan pada cermin mata AR ini masih lagi belum diumumkan. Cipset Snapdragon berkenaan turut dikatakan mempunyai sokongan Xiao AI bagi fungsi penterjemahan secara terus. Selain itu, ia juga mempunyai kapasiti storan sebanyak 32GB. Tidak ketinggalan, cermin mata ini juga dilengkapkan dengan bateri 1,020mAh.

Tinggalkan komentar