Tahun lepas Xiaomi telah memperlihatkan TV Stick 4K, versi 4K untuk Mi TV Stick. Kini, setahun selepas ia pertama kali diuar-uarkan, peranti berkenaan mula menemui pengguna di Malaysia.

Model sebelum ini hanya menawarkan sokongan resolusi sehingga Full HD dan untuk model yang terkini ini ia mampu menyokong penstriman kandungan 4K, sesuai dengan namanya.

Ia menggunakan Android TV 11 dan menyokong codec AV1 bersama-sama aplikasi yang dipra-muat seperti Netflix, Amazon Prime Video, dan YouTube.xiaomi-tv-stick-4k-remote

Xiaomi TV Stick 4K menggunakan pemprosesan kuad-teras ARM Cortex A35 dengan GPU MP2 Mali G31. Ia dilengkapkan dengan RAM 2GB, bersama-sama storan 8GB. Selain menyediakan sokongan resolusi 4K, peranti ini juga menyokong Dolby Vision serta turut menyediakan Dolby Atmos dan DTS HD.

Alat kawalan jauh TV Stick 4K ini didatangkan dengan butang khas untuk Netflix, Amazon Prime Video, dan Google Assistant, yang terbina di dalamnya. Untuk sambungannya, alat kawalan jauh ini menyediakan sokongan Bluetooth dan juga infra-merah (IR).

Terdapat satu port HDMI untuk memancarkan kandungan ke peranti seperti televisyen atau monitor disediakan pada TV Stick 4K. Ia juga menggunakan port mikro-USB untuk menguasakannya.

Dari segi ketersambungan nirwayar, peranti ini juga menyediakan sokongan Bluetooth 5.2, dwi-jalur Wi-Fi. Ia juga menyediakan sokongan terbina dalam Chromecast untuk menstrimkan kandungan dari telefon, tablet atau laptop melalui Wi-Fi.

Harga Xiaomi TV Stick 4K

xiaomi-tv-stick-4k-chromecastXiaomi TV Stick 4K kini boleh didapati melalui wakil pengedar rasmi Xiaomi di seluruh negara pada harga RM219.

  • Xiaomi TV Stick 4K (RAM 2GB, storan 8GB) – RM219

Tinggalkan komentar