Xiaomi Malaysia baru-baru ini telah mengesahkan telefon pintar siri Redmi Note 8 akan dilancarkan ke pasaran Malaysia. Maklumat ini disampaikan melalui satu terbitan di dalam akaun Facebook rasminya.
Sebagaimana yang dilihat, poster acah tersebut jelas merujuk kepada Redmi Note 8 Pro. Model Pro ini menawarkan tetapan kuad-kamera yang salah satunya mempunyai lensa 64MP.
Dalam perkembangan yang berkaitan, seorang pemerhati pangkalan data SIRIM gigih, Kevin Ng TK telah menemukan lain-lain peranti Redmi 8. Antaranya termasuklah Redmi Note 8, Redmi 8A, dan yang masih belum diumumkan lagi pada ketika itu, Redmi 8.
M1908C3JG Redmi Note 8
M1903C3IG Redmi 8
M1903C3KG Redmi 8A
Passed SIRIM certification ! pic.twitter.com/QAlSaSumoU— Kevin Ng TK (@KevinNgTK) September 14, 2019
Pada masa yang sama, Xiaomi turut menjemput wakil-wakil media untuk menghadiri majlis pelancaran siri Redmi 8 di Malaysia pada 8 Oktober ini. Sehingga itu, lebih banyak info mengenai peranti ini akan diumumkan kepada pengguna.













